? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 22, 2010

Keberkatan

Di bawah ini adalah kisah benar utk dikongsikan,
Bentuknya memang sederhana, namun jemaah datang dari seluruh pelusuk kampung sebelum waktu solat masuk lagi.


Berbondong-bondong orang datang ke sini untuk mengerjakan solat.



Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Pelik kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.


Ceritanya begini :


Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Jika berasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja aku sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .


Kemudian, apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tabung)…

Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali setakat menjaga keperluan hidupnya saja.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid.

Akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.


Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berhasil dia menjadikan ia realiti.

Mereka tidak menyangka bahwa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.


Setelah masjid tersebut berdiri, Mereka bertanya bagaimana cerita seorang yang miskin boleh membangun kan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

~ Milik Allah setiap sesuatu yang di langit dan di bumi ~


Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki rezeki lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin?

Berapa banyak masjid, sekolah, hosital dan fasiliti hidup lainnya yang dapat dibangunkan?

Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Jemaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih.

Kalaulah kaum Muslimin sekarang ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumahku syurgaku di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka.

Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.

Note : Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali.

Sekadar renungan bersama..

~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at ~

Monday, May 17, 2010

Penyakit yang Menghalang Kejayaan.. astaghfiruLlaah..




1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif.

Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu ”siapa” Bukan ”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

"Siapa yang mewarnakan anjing ini?" :)


2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu.

Anda pernah mengalaminya? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa? Wah, saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”.

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.


3. TIDAK PUNYA CITA-CITA

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

"Boleh tak saya nak jadi seperti awak?" :)


4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.


5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

Jalan ini memang berliku, samada sanggup ataupun tidak. -Gambar animasi


6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.


7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.


8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.


9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.


Insafi perbuatan yang telah lalu ~


10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.



~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Tuesday, April 20, 2010

Malaysia vs Palestin

Cuba baca berita di bawah. Berita ringkas je:

"Selasa, 20/04/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza pada Khamis lalu mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menjalankan hukuman bunuh ke atas dua orang rakyat Palestin yang didapati bersalah bekerjasama dengan perisikan Zionis. Kedua-duanya telah ditembak mati.

Jeneral Ahmad Atalla, Ketua Pendakwaraya Tentera di Gaza mengesahkan kedua-duanya dibunuh setelah semua proses rayuan dan pertimbangan undang-undang dipenuhi.

Pada 22 Februari 2009, Mahkamah Tentera telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua rakyat Palestin.

Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang berkaitan dengan Hamas mengenalpasti kedua-duanya sebagai Nasser Salama Abu Freih, seorang pegawai polis dari Izbit Abed-Rabbo di Kem Pelarian Jabalia dan Mohammad Ahmad Al Sabe’, didapati bersalah bekerjasama dengan pihak musuh, pembunuh dan bersubahat dalam pembunuhan."

Sumber: Palestin Kini

Manakala di Malaysia pula:




Maka, apa pula yang akan terjadi di Malaysia selepas ini?




Semuga Allah pelihara negara ini dari tipu muslihat Zionis dan konco-konconya..



Monday, April 19, 2010

'Keputusan' itu Milik Mu.. :)


Suasana yang sesuai untuk menulis. Lokasi, UTM Skudai.. Dengan izin empunya blog:)


Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Mana tak nye. Saya bekerja dan kemudian menguruskan anak sebelum dan selepas kerja. Saya takde masa untuk menulis. Memang takde masa." Apa komen saya? “Memang pun. Siapa je yang ada masa?”

Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan.

Jawapannya adalah semua orang. Semua orang ada masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya ada waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?

Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya.

"Saya ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu anda?"


Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa? Untuk Islam? Untuk Nafsu?


Islam itu Ondah.. :)

Toni Morrison, seorang ibu tunggal harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya. Tetapi beliau memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:

“Menulis di waktu senggang”


Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”

Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.


Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan.


Mengapa tidak membuat alasan agar mempunyai masa?

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'tidak punya masa', maka anda akan terus tidak punya masa.

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'menggunakan sebahagian masa' untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.


Semoga berjaya.. :)

Diedit dari..

Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.

Semoga Allah perkukuhkan kaki2 dalam perjuangan ini. Ameen..

Allahu ghoyatuna.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Tuesday, April 13, 2010

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Melibatkan Sheikhul Azhar suatu ketika dahulu..



Teringin untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isu "pengharaman niqab" yang pernah timbul di universiti al-Azhar suatu ketika dahulu. Macam nilah kronologinya..


Sumber asal..


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Monday, April 12, 2010

"Malangnya nasib ku.." ?

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.


Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.


Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini
tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia
mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih
dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox.

Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal &
memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for”
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


~Apa sahaja yang datang adalah terbaik dari Allah. Maka syukurilah dan tetapkanlah hati dalam meneruskan perjuangan. ~


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku
dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Di petik dari..

~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Wednesday, April 7, 2010

Cabaran Seorang Pejuang!!

"Apa itu gentar?"... -gambar hiasan


Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Wallahualam..


Mereka berjuang bermati-matian kerana Allah. Tiada gentar walau sedikit.


Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.. Muga Allah Perteguh dan Perkukuh kaki pejuang-pejuang kebenaran.


~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~