? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 11, 2011

Bantuan Sekolah

Musim persekolahan telah tiba. Golongan ibubapa merupakan golongan paling sibuk pada musim ini. Apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah. Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan mendepani isu ini dengan menganjurkan program “Anak Harapan”. Program ini berlangsung pada 30 Disember 2010 sehingga 2 Januari 2011 di beberapa tempat seluruh negeri Melaka. Program ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang tidak berkemampuan, terutamanya kepada anak yatim. Program ini melibatkan 15 orang pelajar dari sekolah rendah di beberapa tempat di Melaka seperti di Tangga Batu, Durian Tunggal, Bukit Baru, Telok Mas dan Serkam.


Di Serkam, ibu kepada seorang pelajar dari Sek. Keb. Serkam menerima sumbangan sebanyak RM150 bagi membiaya yuran persekolaan. Ibu berkenaan yang kematian suami sejak 5 tahun yang lalu kini terpaksa menyara anaknya yang masing-masing masih lagi bersekolah.




Di Bukit Baru, keadaan suami yang mengidap penyakit mental memaksa ibu kepada Mohd Hidayat untuk bekerja keras sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Ayer Keroh. Ibu kepada 4 orang anak itu mengakui tidak mampu menanggung kos perbelanjaan isi rumah dengan gaji hanya RM500 sebulan sahaja. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih atas keperihatinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dalam mendepani isu-isu kebajikan.




Di Telok Mas, seorang ibu tunggal terpaksa menyara 3 orang anaknya selepas kematian suaminya pada Mac 2010. Noriahty Binti Bahari berkata, dengan gaji sebanyak RM430 sebulan, beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mengakui agak sukar menyara 3 orang anaknya yang bersekolah. Apatah lagi kos hidup kini semakin meningkat.


Shahril Azam Bin Asmaun (berdiri kanan) sedang membayar yuran persekolahan bagi Mohd Hanafi bin Rosli (tiada dalam gambar). Noriahty Binti Bahari (duduk kanan) ibu tunggal.



Sementara itu di Tangga Batu, Dewan Pemuda PAS Negeri juga berkesempatan melawat pelajar cemerlang Noradila Binti Zailan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Sungai Udang yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu. Beliau yang tinggal bersama keluarga di Pantai Kundur berkata, hidup dalam serba kekurangan membuatkan beliau tetap gigih dan tidak menjadikan miskin sebagai penghalang untuk berjaya.



Pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bersama AJK MTD PAS Tangga Batu bergambar kenang-kenangan bersama keluarga Noradila Binti Zailan (empat dari kanan), pelajar cemerlang PMR 8A. Barisan Pimpinan PAS mendoakan supaya adik Noradila dapat meneruskan kecemerlangannya.




~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~