? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 15, 2010

Fakta2 Islam..

-gambar hiasan- :)

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.


sumber..

~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafaat~


Wednesday, November 3, 2010

Down??

Kerana harga diri itu tidak ternilai - Gambar hiasan khidmat masyarakat 2007 :)


Suatu hari seorang motivator terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya izinkan saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,


“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.


Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.


Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Tuesday, August 17, 2010

Adab Penyerlah Taqwa



LATIHAN dan pendidikan pada Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya dijaga serta dipelihara. Antara adab itu ialah:

  • Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa).” (Hadis riwayat Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)


Ganjaran seumpama yang berpuasa..

  • Tidak banyak tidur pada siang hari dan makan pada waktu malam. Sebaiknya, bersederhana pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan inti pati puasa yang perlu dicapai.

  • Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan berbuat demikian, ibadat puasanya pasti suci dan sempurna. Ada ramai yang penat dengan berlapar dan dahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihan tidaklah berbaloi seperti sabda Rasulullah SAW: “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.” (Hadis riwayat Nasa’i)


Lokasi: Di rahsiakan..
Masa: x yah tahu kot..
Yang penting, gejala ini harus dihentikan.


  • Melaksanakan tanggungjawab sosial iaitu mengeluarkan zakat fitrah. Abdullah ibn Omar berkata, “Rasulullah mewajibkan zakat fitrah satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas budak, orang yang merdeka, lelaki, wanita, anak-anak dan orang tua daripada kalangan Muslimin, dan baginda memerintahkan supaya zakat itu dikeluarkan sebelum manusia keluar melaksanakan solat Aidilfitri.” (Hadis riwayat Bukhari)

  • Mengejar lailatulqadar. Rasulullah bersabda maksudnya: “Berusahalah untuk mencari lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Pada ketika itu, Nabi menyuruh umatnya memperbanyakkan bacaan doa yang bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau sukakan kemaafan, maka ampunlah dosa-dosaku.” (Hadis riwayat Tirmizi)




~ Semuga perkongsian yang sedikit ini mendatangkan munafa'at ~


Saturday, August 7, 2010

RaMaDhAn..

Thursday, August 5, 2010

Cendikiawan Islam yang digeruni KINI.

Dr Abdul Qadeer Khan



Gambar di atas ialah salah seorang cendekiawan paling ditakuti AS, ada di Pakistan. AS dan negara barat menyebut ancaman yang disebabkan oleh Dr Abdul Qadeer (AQ) Khan ini, setara dengan Adolf Hitler atau Joseph Stalin, kerana kemampuannya di bidang nuklear.

Intelligent Barat pernah memandang rendah kemampuan Abdul Qadeer Khan. Tapi setelah tiga puluh tahun membangun Pakistan hingga memiliki kemampuan nuklear, barat dan AS menjadi khuatir.

Khan kemudian disebut sebagai broker teknologi yang boleh membahayakan dunia. Cendekiawan Islam ini dikatakan telah menjual rahsia teknologi nuklear ke Iran, Korea Utara, Libya dan kemungkinan ke negara lain. Tekanan diplomatik akhirnya memaksa presiden Pakistan Pervez Musharraf menjadikan Khan tahanan rumah.

Buku “The Nuclear Jihadist” menuliskan perjalanan Khan secara detail. Suami isteri Frantz dan Collins yang menulis laporan itu menghabiskan empat tahun perjalanan ke seluruh dunia, telah mewancara pejabat Intelligent dan bekas rakandan bekas teman sekolej Khan.

Semasa perang berdarah 1947, Khan muda meninggalkan keluarganya di Bhopal India ke negara muslim Pakistan. Kekerasan yang dilihatnya selama di perjalanan dan penderitaan yang dialami, menimbulkan kemarahan besarnya kepada India.

Setelah menuntut di Jerman dan menikahi wanita Belanda, Khan mendapat kerja di perusahaan Belanda yang berhubungan dengan pengayaan uranium. Sebuah proses untuk menghasilkan tenaga nuklear, yang dengan mudah juga dapat diubah menjadi senjata nuklear.


Ketika zaman mudanya.


Frantz and Collins menggambarkan pasukan Pakistan yang gagal merdeka dari India pada 1965 membuat kebencian Khan makin memuncak. Khan bertekad mengubah politik Pakistan seperti ditulis dalam biografinya iaitu ingin membuat Pakistan sangat kuat dan tidak akan mengalami trauma dikuasai India.

Sekembalinya Khan dari Belanda ke Pakistan bertanding dengan pengembangan nuklear India. Semasa India memiliki kemampuan nuklear pada 1974, tidak ada alasan untuk melarang Pakistan memiliki kemampuan serupa, bom harus dengan bom.



Sewaktu menerima pingat.

Tapi semasa Khan tiba di Pakistan, masa depan nuklear negara itu sedang terancam. Kanada telah menghentikan spare part untuk reaktor nuklear di Karachi dan Prancis mendapat tekanan international supaya Pakistan tidak membangunkan teknologi nuklear.

Dia kemudian berjaya membuat bom nuklear pada akhir 1980 di luar perkiraan orang barat. Para pakar menggambarkan Pakistan pada masa itu untuk membuat jarum jahit atau basikal berkualiti sahaja dianggap tidak mampu, apalagi membuat teknologi tinggi untuk pengayaan uranium.



Jihadist menyebut Khan membangun jaringan pasar gelap untuk menjual teknologi rahsia nuklear Pakistan ke negara semacam Iran, Libya, Korea utara juga negara yang tidak diketahui. Jihadist juga menyebut pakar nuklear Pakistan ini bertemu dengan Osama bin Laden untuk membuat bom.

Sekian Penjelasan mengenai pakar nuklear Pakistan “Dr Abdul Qadeer (AQ) Khan” suntingan daribuku “The Nuclear Jihadist”.


Sumber : >>



~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Monday, August 2, 2010

Top Up 15 Nilai Tambah Seorang Pejuang


1. Tidak takut celaan orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan )

"Plan your work and work your plan". Dan bersedia menerima kritikan.


2. Tidak gentar menghadapi risiko . ( tahu bagaimana mengurus risiko . )

3. Berani mencuba . ( tidak prejudis )

4. Semangat mahukan perubahan . ( tidak statik atau kaku )

5. Tidak memusuhi idea - idea baru atau pendekatan - pendekatan baru.

Idea yang memberi nilai tambah. -gambar, padang atas bangunan


6. Tidak membezakan tugas.

Bijak menilai keutamaan. -gambar, 1 Malaysia? :)


7. Tidak emosional sebaliknya bertindak rasional .

8. Tegas dan tidak mudah merajuk.

9. Memberi dan menerima .

Give and take.



10. Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri .

11. Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain
dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul .

12. Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri .

Disini keberkatan.


13. Optimis dengan kemenangan Islam .

14. Memiliki fizikal yang baik , minda yang cerdas ,
prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik .

Muda @ tua, jangan abaikan..


15. Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya .



~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Thursday, July 22, 2010

Keberkatan

Di bawah ini adalah kisah benar utk dikongsikan,
Bentuknya memang sederhana, namun jemaah datang dari seluruh pelusuk kampung sebelum waktu solat masuk lagi.


Berbondong-bondong orang datang ke sini untuk mengerjakan solat.



Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Pelik kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.


Ceritanya begini :


Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Jika berasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja aku sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .


Kemudian, apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tabung)…

Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali setakat menjaga keperluan hidupnya saja.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid.

Akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.


Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan berhasil dia menjadikan ia realiti.

Mereka tidak menyangka bahwa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.


Setelah masjid tersebut berdiri, Mereka bertanya bagaimana cerita seorang yang miskin boleh membangun kan masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

~ Milik Allah setiap sesuatu yang di langit dan di bumi ~


Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki rezeki lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin?

Berapa banyak masjid, sekolah, hosital dan fasiliti hidup lainnya yang dapat dibangunkan?

Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Jemaah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih.

Kalaulah kaum Muslimin sekarang ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumahku syurgaku di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka.

Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.

Note : Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali.

Sekadar renungan bersama..

~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at ~

Monday, May 17, 2010

Penyakit yang Menghalang Kejayaan.. astaghfiruLlaah..




1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif.

Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu ”siapa” Bukan ”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

"Siapa yang mewarnakan anjing ini?" :)


2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu.

Anda pernah mengalaminya? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa? Wah, saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”.

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.


3. TIDAK PUNYA CITA-CITA

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

"Boleh tak saya nak jadi seperti awak?" :)


4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.


5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

Jalan ini memang berliku, samada sanggup ataupun tidak. -Gambar animasi


6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.


7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.


8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.


9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.


Insafi perbuatan yang telah lalu ~


10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.



~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Tuesday, April 20, 2010

Malaysia vs Palestin

Cuba baca berita di bawah. Berita ringkas je:

"Selasa, 20/04/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza pada Khamis lalu mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menjalankan hukuman bunuh ke atas dua orang rakyat Palestin yang didapati bersalah bekerjasama dengan perisikan Zionis. Kedua-duanya telah ditembak mati.

Jeneral Ahmad Atalla, Ketua Pendakwaraya Tentera di Gaza mengesahkan kedua-duanya dibunuh setelah semua proses rayuan dan pertimbangan undang-undang dipenuhi.

Pada 22 Februari 2009, Mahkamah Tentera telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua rakyat Palestin.

Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang berkaitan dengan Hamas mengenalpasti kedua-duanya sebagai Nasser Salama Abu Freih, seorang pegawai polis dari Izbit Abed-Rabbo di Kem Pelarian Jabalia dan Mohammad Ahmad Al Sabe’, didapati bersalah bekerjasama dengan pihak musuh, pembunuh dan bersubahat dalam pembunuhan."

Sumber: Palestin Kini

Manakala di Malaysia pula:




Maka, apa pula yang akan terjadi di Malaysia selepas ini?




Semuga Allah pelihara negara ini dari tipu muslihat Zionis dan konco-konconya..



Monday, April 19, 2010

'Keputusan' itu Milik Mu.. :)


Suasana yang sesuai untuk menulis. Lokasi, UTM Skudai.. Dengan izin empunya blog:)


Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Mana tak nye. Saya bekerja dan kemudian menguruskan anak sebelum dan selepas kerja. Saya takde masa untuk menulis. Memang takde masa." Apa komen saya? “Memang pun. Siapa je yang ada masa?”

Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan.

Jawapannya adalah semua orang. Semua orang ada masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya ada waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?

Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya.

"Saya ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu anda?"


Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa? Untuk Islam? Untuk Nafsu?


Islam itu Ondah.. :)

Toni Morrison, seorang ibu tunggal harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya. Tetapi beliau memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:

“Menulis di waktu senggang”


Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”

Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.


Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan.


Mengapa tidak membuat alasan agar mempunyai masa?

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'tidak punya masa', maka anda akan terus tidak punya masa.

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'menggunakan sebahagian masa' untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.


Semoga berjaya.. :)

Diedit dari..

Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.

Semoga Allah perkukuhkan kaki2 dalam perjuangan ini. Ameen..

Allahu ghoyatuna.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Tuesday, April 13, 2010

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Melibatkan Sheikhul Azhar suatu ketika dahulu..



Teringin untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isu "pengharaman niqab" yang pernah timbul di universiti al-Azhar suatu ketika dahulu. Macam nilah kronologinya..


Sumber asal..


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Monday, April 12, 2010

"Malangnya nasib ku.." ?

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.


Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.


Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini
tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia
mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih
dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox.

Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal &
memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for”
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


~Apa sahaja yang datang adalah terbaik dari Allah. Maka syukurilah dan tetapkanlah hati dalam meneruskan perjuangan. ~


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku
dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Di petik dari..

~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Wednesday, April 7, 2010

Cabaran Seorang Pejuang!!

"Apa itu gentar?"... -gambar hiasan


Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Wallahualam..


Mereka berjuang bermati-matian kerana Allah. Tiada gentar walau sedikit.


Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.. Muga Allah Perteguh dan Perkukuh kaki pejuang-pejuang kebenaran.


~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~




Tuesday, March 30, 2010

Manfaat dari Non-Muslim tu boleh ke?


Sesetengah orang terlalu jumud dengan pegangan mereka. Sesetengah lagi terlalu terbuka sehingga menjejaskan prinsip. Sikap tidak mahu mengambil manfaat daripada non-muslim ialah sikap yg merugikan. Ada yg berhujah, jangan menyerupai atau tasyabbuh dengan mereka. Ini kerana terdapat hadith yg melarangnya,
"Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka." Riwayat Abu Daud.

Namun, kita sepatutnya memahami dengan pemahaman yg sebenar, adakah mengambil kebaikan daripada orang kafir itu dikira tasyabbuh yg dicela syarak? Maka, bezakan antara mengambil manfaat daripada mereka dengan tasyabbuh dengan mereka. Jauh sekali perbezaannya. Kesilapan dalam memahami maksud hadith ini menyebabkan seseorang akan ketinggalan jauh di belakang. Janganlah kerana terlalu bencikan barat, maka kita abaikan segala manfaat yg boleh diambil daripada mereka.

Dalam Sunan Tirmizi dan Ibnu Majah terdapat hadith yg berbunyi,

"Hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, di mana dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya."

Kesilapan dalam memahami hadith di atas juga bakal menjerumuskan seseorang ke lembah kesesatan dan kekufuran. Adakah kita boleh mengambil manfaat daripada non-muslim secara mutlak?

Saya tertarik dengan ulasan Habib Ali Al-Jifri hafizahullah mengenai perbezaan antara mengambil faedah daripada non-muslim dan menyerupai atau tasyabbuh dengan mereka. Kita hendaklah terlebih dahulu melihat kepada apa yg ingin kita ambil daripada non-muslim. Adakah ianya dicela oleh syarak atau tidak?

Jika ia tidak dicela syarak, maka ambil faedah daripadanya dan ini dikira beramal dengan hadith di atas. Jika sebahagian juzuknya dicela syarak manakala sebahagian juzuk lagi tidak, maka ambil faedah daripada juzuk yg tidak dicela sahaja lalu tinggalkan juzuk yg dicela. Sifirnya mudah sekali.


Mungkinkah terjadi sebegini jika kita terus-menerus berfikiran dangkal.
-gambar hiasan :)


Ilmu mantik misalnya telah diislamkan oleh para ulama kita. Ilmu mantik telah dibersihkan daripada segala unsur kekufuran dan akhirnya menjadi antara silibus penting pengajian di Al-Azhar sehingga ke hari ini.

Imam Ghazali dan Imam Fakhruddin Ar-Razi rahimahumallah menganggap bahawa hukum mempelajari ilmu mantik ialah fardhu kifayah dan ianya bertujuan untuk mendirikan dalil-dalil secara akli untuk membela akidah Islam sekaligus menolak syubhat yg dilontarkan oleh musuh-musuh Islam. Manakala sebahagian ulama seperti Imam Ibnu Solah dan muridnya, Imam Nawawi rahimahumallah mengharamkan ilmu mantik hanya apabila ilmu mantik bercampur baur dengan kalam ahli falsafah yg sesat.

Maka ilmu mantik yg telah suci daripada najis falsafah sesat tidaklah dilarang untuk mempelajarinya bahkan ianya termasuk dalam fardhu kifayah. Wallahu'alam. Hmmm, baru-baru ini saya terbaca komen seorang kawan yg menghentam ilmu mantik. Cukuplah menhentam ilmu mantik wahai saudara. Jangan jadi seperti anjing yg menyalak bukit.

Teori bahawa 'Kita perlu mengambil segala yg dilaksanakan barat' dengan hujah bahawa mereka telah mencapai kemajuan dan kemodenan, maka kita perlu meniru mereka secara total ialah teori yg amatlah menyesatkan. Teori inilah yg digunapakai oleh Atartuk dalam usaha memodenkan Turki setelah meruntuhkan institusi khilafah satu ketika dahulu.

Atartuk ini beranggapan Islam dan kemodenan ialah dua perkara yg saling bertentangan dan tidak boleh bersama. Ajaran Islam kononnya dilihat sebagai tidak selari dengan kemajuan dan kemodenan. Teori sesat ini masih dianuti oleh golongan muslim sekular di Turki pada hadir ini. Kekaguman mereka terhadap Ataturk masih di tahap yg tinggi.

Ini jelas dilihat pada duit syiling Turki yg masih lagi terukir wajah Ataturk yg diwarwarkan sebagai Bapa Kemodenan Turki. Hakikatnya, Ataturk dan penyembah ideologi sekular di Turki memang buta sejarah atau buat-buat buta sejarah. Lupakah mereka bahawa Islam terlebih dahulu merintis keilmuan dan kemodenan yg kemudiannya hanya diteruskan sahaja oleh barat. Barat bukanlah perintis, tapi hanya penerus. Oh ya, sila fahami bahawa saya mengkritik barat bukan kerana geografinya. Islam tiada masalah dengan geografi.

~Islam semakin berkembang di barat~

Sebagaimana kita tidak menerima apa yg dibawa oleh barat secara mutlak, kita juga tidak menolaknya secara mutlak. Hujah bahawa barat ialah musuh Islam maka kita diharamkan mengambil apa sahaja yg dibawa barat merupakan hujah yg tidak berasas sama sekali.

Saya masih ingat kalam Habib Umar hafizahullah yg pernah menyifatkan bahawa media elektronik yg asalnya digunakan oleh barat sebagai هادم (pembinasa) yg merosakkan umat Islam hendaklah ditukar peranannya kepada خادم (hamba) kepada umat Islam. Umat Islam perlu menjadikan kemodenan dan teknologi sebagai hamba untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Senjata yg digunakan oleh barat untuk menyerang kita perlu dimanipulasi untuk digunakan bagi menyerang balas.

Saya kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi hafizahullah yg telah menguasai ilmu IT sejak lebih 20 tahun yang lalu. Bahkan dari sudut penggunaan komputer atau laptop, beliau ialah seorang heavy user. Alhamdulillah, sekarang kebanyakan ulama telah mempunyai laman web peribadi walaupun mungkin bukan mereka sendiri yg menguruskannya. Sekurang-kurangnya ilmu-ilmu mereka boleh berlegar-legar di alam siber setelah lama bertapak di alam maya. Himpunan kitab, artikel, audio dan video para ulama juga semakin membanjiri alam siber.
Blockquote
Berpegang dengan prinsip tetapi jangan sehingga jadi jumud. Berfikiran terbuka tapi jangan sehingga keluar dari orbit Islam.


Rujukan:
Muqawwimat Ad-Daieyah, ringkasan pengajian Al-Fikr Ad-Da'wi oleh Habib Ali Al-Jifri
Syarah As-Sulam fil Mantik karangan Syeikh Abdul Rahim Farj Al-Jundi

~Semuga yang sedikit ini mendatanglan munafa'at~


Wednesday, March 10, 2010

Syeikhul Azhar, Syeikh Tantawi kembali ke rahmatuLlaah..



Syeikhul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah menghembuskan nafasnya yg terakhir di Riyadh, Arab Saudi ketika usianya 82 tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari ini (Rabu) 10 Mac 2010 akibat serangan jantung sebagaimana yg dilaporkan akhbar-akhbar. Tujuan beliau ke Riyadh ialah untuk menghadiri majlis Anugerah Al-Malik Faisal.


Ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khalid, Riyadh, beliau diserang sakit jantung secara tiba-tiba sedangkan sebelum itu beliau berada dalam keadaan sihat. Ketika itu, beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan menghembuskan nafasnya yg terakhir di sana.


Anak lelakinya, Amru Muhammad Sayyid Tantawi berkata, persetujuan telah dicapai bahawa ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah Al-Munawwarah.



Latar belakang ringkas Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah:

-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1928 di Kampung Salim As-Syarqiyyah di Muhafazah Sohaj di So'id Misr.

-Beliau menghafaz Al-Quran dan belajar di Iskandariah/Alexandaria, Mesir.

-Memperoleh PhD dalam bidang Hadith dan Tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat Mumtaz (cemerlang)

-Berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kuliah Usuluddin, kemudian beliau mengajar di Libya selama 4 tahun dan di Madinah Al-Munawwarah pula sebagai Dekan Kuliyyah Ad-Dirasat Al-'Ulya di Universiti Islam Madinah. Kemudian, beliau pulang semula ke Kaherah.

-Pada 28 Oktober 1986, beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Mesir.

-Pada tahun 1996, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar.

-Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama terbilang di Al-Azhar yg mahir dalam bidang Tafsir dan mempunyai karya-karya penulisan yg bermutu.

-Antara karya-karyanya ialah: Bani Israel fi Al-Quran wa As-Sunnah (1969), At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim (1972), Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990), Muamalat Al-Bunuk wa Ahkamuha As-Syar'iyyah (1991)

Sumber:

http://www.islamonline.net/

http://arabic.cnn.com/
http://www.alarabiya.net/
http://www.bbc.co.uk/arabic/


Semoga Allah menempatkan Syeikh Tantawi bersama para anbiya dan solihin. Aminnn... Al-Fatihah!

Perhatian! Memang tidak dinafikan Syeikh Tantawi rahimahullah pernah mengeluarkan fatwa yg kelihatan kontroversi tetapi mungkin fatwa itu dikeluarkan atas faktor-faktor tertentu yg tidak kita ketahui. Maka, lebih selamat jika kita serahkan urusan-urusan sebegini kepada mereka yg layak dan tahanlah lidah kita daripada mengecam serta mencerca para ulama. Sesungguhnya daging para ulama itu beracun.

Daripada Ibnu Umar radiyallahuanhuma, sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam,

"Sebutlah kebaikan-kebaikan orang-orang yg mati di kalangan kamu dan tahanlah (diri kamu) daripada menyebut kesalahan-kesalahan mereka."

Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Baghawi.


Patah tumbuh, hilang sukar diganti..


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~

Tuesday, March 9, 2010

"Bertindak" sebelum Bertindak..

Hukuman tanpa bicara adalah satu jenayah ~


Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.


Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:


Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.


Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.


Orang yang bijak adalah

orang yang dapat melihat dan bertindak terhadap keadaan sekeliling ~


Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?


Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”


Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?


WaLlaahu A'laam...


~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at ~