Saya masih teringat zaman ketika saya di penghujung pengajian di UTM, ketika itu saya begitu bersungguh untuk menetap di Melaka. Berkhidmat untuk Melaka. Pengaruh adik-adik untuk tinggal di Melaka. Namun kini saya berada di Kedah. Baru berpindah ke sini.
Mungkin ada yang mencemuh atau mempertikai atas tindakan saya berpindah ke Kedah ini. Namun berat sebenarnya keputusan yang diambil, kerana faktor itu 'menghalal'kan tindakan saya berpindah ke Kedah.
Faktor
Mac 2013 tercatat sejarah yang tidak mungkin saya lupakan. Kehilangan zuriat pertama saya bersama isteri atas Nusrah yang diberi. Nusrah binti Shahrin Azam. Usianya hanya 45 minit. Kelahirannya tidak diduga, kerana baru separuh tempoh kandungan biasa. Sedih memang tak terkata. Namun jaminan Allah sedikit memujuk saya dan isteri.
Bertitik tolak dari kejadian ini, ditambah pula dengan nasihat dan saranan doktor, maka saya mula menilai kerelevanan penghijrahan yang saya lakukan. Saya kira ini mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa berulang.
Semoga keputusan ini tepat walaupun ada yang terluka.
Hijrah
Masa yang dipilih, selepas PRU-13 pada Mei yang lepas. Selepas tamat kontrak bersama Pesuruhjaya. Masa yang sangat sesuai. Selepas berkhidmat hampir 2 tahun bersamanya. Kebetulan pula kuliah pengajian sang isteri bermula Julai 2013.
Setiap keputusan pasti punya risiko. Dengan sumber pendapatan yang terbatas, saya dan isteri membuat keputusan untuk membuat perniagaan. Berbekalkan wang simpanan yang sedikit, kami bermula dari bawah. Mei dan Jun adalah waktu mencari dana untuk Hijrah. Pakaian muslimah menjadi tajuk perbincangan setiap hari saya dan isteri.
Dan kini, kami sudah berada di Kedah dengan memulakan kehidupan yang baru. Tanpa kenalan. Tanpa saudara mara yang terdekat. Langsung tidak mematahkan semangat. Inilah cabaran. Inilah kekuatan.
Dan insyaAllah Melaka masih tersemat di hati.
0 comments:
Post a Comment