? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 30, 2013

Nantikan Pelancaran T-Shirt Dakwah

Setelah beberapa bulan bergelumang dalam perniagaan pakaian muslimah, insyaAllah saya dan krew Muslimah Attire akan melancarkan T-Shirt Dakwah (Muslimah Version).


"Dakwah tanpa batas"
Itulah yang kami cuba sampaikan. Sambil berpakaian, sambil berfesyen, sambil menutup aurat, pada masa yang sama kita turut berdakwah kepada orang sekeliling.

"Dakwah bilhal"
Manusia mempunyai pemikiran dan daya kefahaman yang berbeza. Semakin tinggi tingkat keintelektualan, semakin berbeza cara pemikiran. Gunakan kaedah dakwah yang lebih berkesan dan efektif. Hadiahkan T-Shirt Dakwah kepada rakan sebaya dengan harapan untuk bersama koreksi diri dan membuat perubahan.

Kepada rakan, taulan serta peminat-peminat pakaian Muslimah, nantikan pelancarannya dalam masa terdekat ini.

Semoga segala usaha kita ini dilimpahi dengan keberkatan yang tidak putus-putus. 


Wednesday, August 14, 2013

Himpunan Aman Membantah Kekejaman Kudeta Mesir


Mesir kembali berdarah

Teman, bacalah doa ini. Saudara-mara kita sedang dizalimi..

"Ya Allah,
sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka.
Ya Allah,
hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka!
Kacau-bilaukan persatuan mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,
Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah.
Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran,
wahai Tuhan yang menggerakkan awanan,
wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab,
kalahkanlah mereka,
menangkanlah kami ke atas mereka…"

Friday, July 19, 2013

Kunjung Hormat

Selangkah demi selangkah. Hari-hari yang mendatang perlu ditempuhi. Jualan pakaian seperti mengikut rentak orang yang berpuasa. Semakin lemah dan berkurang. Ya, mungkin juga faktor penghijrahan Melaka - Kedah menjadi pointnya.

Duit simpanan semakin berkurang. Bukan mudah hendak memulakan hidup yang baru. Memerlulan belanja yang tinggi untuk membeli ini dan itu. Kelengkapan rumah, keperluan dapur, dan yang paling penting persediaan belajar bagi sang isteri. 


Menjadi tanggungjawab bagi suami untuk menyediakan semua keperluan itu.
Bertitiktolak dari tanggungjawab ini, saya membuat 'kunjung hormat' ke Jabatan Pelajaran Daerah bagi memohon kerja sementara sevagai guru ganti.


Doakan saya dan keluarga saya. 

Ramadhan Suatu Perubahan - Bisnes Baju Raya

Ramadhan 1434 merupakan suatu Ramadhan yang sangat berbeza. Kali pertama mengharunginya di negeri orang, dengan sepenuh berdikari.


InsuaAllah, bersempena dengan ini saya melancarkan Blouse Ter"HOT" dari saya yang bertemakan "Ramadhan Dihiasi, Syawal Dirai"..

..Ramadhan Dihiasi Syawal Dirai..

STYLISH MUSLIMAH BLOUSE - Edisi Ramadhan | Syawal

MATERIAL: Japanese Cotton
WARNA: Lima warna menarik untuk dipilih Peach, Brown, Purple, Pink, Orange. =)

RM47 SAHAJA!! ;)

TAKDA MASA LAGI!!
SMS 019-287 3401 SEKARANG
Ummu Hafsah 





Monday, July 15, 2013

Kedah - Negeri Baru

Saya masih teringat zaman ketika saya di penghujung pengajian di UTM, ketika itu saya begitu bersungguh untuk menetap di Melaka. Berkhidmat untuk Melaka. Pengaruh adik-adik untuk tinggal di Melaka. Namun kini saya berada di Kedah. Baru berpindah ke sini.


Mungkin ada yang mencemuh atau mempertikai atas tindakan saya berpindah ke Kedah ini. Namun berat sebenarnya keputusan yang diambil, kerana faktor itu 'menghalal'kan tindakan saya berpindah ke Kedah.

Faktor

Mac 2013 tercatat sejarah yang tidak mungkin saya lupakan. Kehilangan zuriat pertama saya bersama isteri atas Nusrah yang diberi. Nusrah binti Shahrin Azam. Usianya hanya 45 minit. Kelahirannya tidak diduga, kerana baru separuh tempoh kandungan biasa. Sedih memang tak terkata. Namun jaminan Allah sedikit memujuk saya dan isteri.

Bertitik tolak dari kejadian ini, ditambah pula dengan nasihat dan saranan doktor, maka saya mula menilai kerelevanan penghijrahan yang saya lakukan. Saya kira ini mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa berulang.

Semoga keputusan ini tepat walaupun ada yang terluka.

Hijrah

Masa yang dipilih, selepas PRU-13 pada Mei yang lepas. Selepas tamat kontrak bersama Pesuruhjaya. Masa yang sangat sesuai. Selepas berkhidmat hampir 2 tahun bersamanya. Kebetulan pula kuliah pengajian sang isteri bermula Julai 2013.

Setiap keputusan pasti punya risiko. Dengan sumber pendapatan yang terbatas, saya dan isteri membuat keputusan untuk membuat perniagaan. Berbekalkan wang simpanan yang sedikit, kami bermula dari bawah. Mei dan Jun adalah waktu mencari dana untuk Hijrah. Pakaian muslimah menjadi tajuk perbincangan setiap hari saya dan isteri.


Dan kini, kami sudah berada di Kedah dengan memulakan kehidupan yang baru. Tanpa kenalan. Tanpa saudara mara yang terdekat. Langsung tidak mematahkan semangat. Inilah cabaran. Inilah kekuatan.

Dan insyaAllah Melaka masih tersemat di hati. 




Rejuvenasi Blog

Sudah bersawang blog saya. Blog yang penuh dengan sejarah.


Masih jelas dalam ingatan saya, blog ini dibuat oleh naqib saya Mohd Taib Miskon. Tujuan blog ini dibuat ketika itu adalah bagi tujuan kempen pilihanraya kampus.

Bertanding

Ya, saya bertanding semasa pilihanraya kampus. Calon bagi Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Memang semangat kepimpinan membara. Dan saya menang dengan mendapat undi terbesar di fakulti, diikuti oleh sdr Mahendra dan sdr Vince.

Sememangnya pengalaman di kampus mengajar kita kehidupan sebenar di luar nanti. Terutamanya aspek kepimpinan, sosial dan pemikiran.

Nah, kini saya sudah berada di luar kampus. InsyaAllah bekalan dan panduan dari UTM digunakan dan digarab dengan selumatnya bagi mendepani rintangan.