Suasana yang sesuai untuk menulis. Lokasi, UTM Skudai.. Dengan izin empunya blog:)
Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Mana tak nye. Saya bekerja dan kemudian menguruskan anak sebelum dan selepas kerja. Saya takde masa untuk menulis. Memang takde masa." Apa komen saya? “Memang pun. Siapa je yang ada masa?”
Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan.
Jawapannya adalah semua orang. Semua orang ada masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya ada waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?
Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya.
"Saya ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu anda?"
Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa? Untuk Islam? Untuk Nafsu?
Toni Morrison, seorang ibu tunggal harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya. Tetapi beliau memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:
“Menulis di waktu senggang”
Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”
Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.
Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan.
Mengapa tidak membuat alasan agar mempunyai masa?
Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'tidak punya masa', maka anda akan terus tidak punya masa.
Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'menggunakan sebahagian masa' untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.
Semoga berjaya.. :)
Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.
Semoga Allah perkukuhkan kaki2 dalam perjuangan ini. Ameen..
Allahu ghoyatuna.
~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~
0 comments:
Post a Comment