? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 20, 2010

Malaysia vs Palestin

Cuba baca berita di bawah. Berita ringkas je:

"Selasa, 20/04/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza pada Khamis lalu mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah menjalankan hukuman bunuh ke atas dua orang rakyat Palestin yang didapati bersalah bekerjasama dengan perisikan Zionis. Kedua-duanya telah ditembak mati.

Jeneral Ahmad Atalla, Ketua Pendakwaraya Tentera di Gaza mengesahkan kedua-duanya dibunuh setelah semua proses rayuan dan pertimbangan undang-undang dipenuhi.

Pada 22 Februari 2009, Mahkamah Tentera telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua rakyat Palestin.

Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang berkaitan dengan Hamas mengenalpasti kedua-duanya sebagai Nasser Salama Abu Freih, seorang pegawai polis dari Izbit Abed-Rabbo di Kem Pelarian Jabalia dan Mohammad Ahmad Al Sabe’, didapati bersalah bekerjasama dengan pihak musuh, pembunuh dan bersubahat dalam pembunuhan."

Sumber: Palestin Kini

Manakala di Malaysia pula:




Maka, apa pula yang akan terjadi di Malaysia selepas ini?




Semuga Allah pelihara negara ini dari tipu muslihat Zionis dan konco-konconya..



Monday, April 19, 2010

'Keputusan' itu Milik Mu.. :)


Suasana yang sesuai untuk menulis. Lokasi, UTM Skudai.. Dengan izin empunya blog:)


Seorang teman berkata, “Saya minat menulis, tapi saya takde masa. Mana tak nye. Saya bekerja dan kemudian menguruskan anak sebelum dan selepas kerja. Saya takde masa untuk menulis. Memang takde masa." Apa komen saya? “Memang pun. Siapa je yang ada masa?”

Saya menjawab dengan sebuah pertanyaan.

Jawapannya adalah semua orang. Semua orang ada masa. Kita sama-sama memiliki waktu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Siapa yang hanya ada waktu 20 jam sehari? Atau hanya 5 hari dalam seminggu?

Yang membezakan setiap orang, bukan jumlah masa yang dimiliki. Yang membezakan adalah keputusan setiap orang bagaimana menggunakan waktunya.

"Saya ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu saya? Anda juga ada 24 jam, apa kerja yang memanfaatkan waktu anda?"


Saya bukannya tidak bersimpati terhadap orang yang sibuk dengan kewajibannya. Tetapi, kesibukan memang tidak pernah habis, dan semua itu adalah keputusan anda. Anda mahu menggunakan masa anda untuk apa? Untuk Islam? Untuk Nafsu?


Islam itu Ondah.. :)

Toni Morrison, seorang ibu tunggal harus mengurus 2 anak dan bekerja untuk menyara kedua anak-anaknya. Tetapi beliau memenangi anugerah Pulitzer dan hadiah nobel atas tulisannya. Saat ditanya, bagaimana boleh menulis di tengah kesibukannya, dia menjawab:

“Menulis di waktu senggang”


Mungkin ada yang membantah, “Saya tidak punya waktu senggang”

Sekali lagi, terserah anda. Adakah anda mahu memiliki “masa senggang” atau tidak, semuanya pilihan dan keputusan anda.


Hanya pemalas yang tidak mempunyai kewajipan. Hanya pemalas yang banyak memiliki waktu terluang. Semua orang, yang sedar akan kewajipan, akan selalu sibuk kerana banyak yang perlu dilakukan.


Mengapa tidak membuat alasan agar mempunyai masa?

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'tidak punya masa', maka anda akan terus tidak punya masa.

Jika anda membuat alasan untuk mengambil keputusan 'menggunakan sebahagian masa' untuk hal tertentu, maka anda pun akan punya masa.


Semoga berjaya.. :)

Diedit dari..

Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.

Semoga Allah perkukuhkan kaki2 dalam perjuangan ini. Ameen..

Allahu ghoyatuna.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



Tuesday, April 13, 2010

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Melibatkan Sheikhul Azhar suatu ketika dahulu..



Teringin untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang isu "pengharaman niqab" yang pernah timbul di universiti al-Azhar suatu ketika dahulu. Macam nilah kronologinya..


Sumber asal..


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.


~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Monday, April 12, 2010

"Malangnya nasib ku.." ?

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.


Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.


Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam
keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini
tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia
mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih
dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.


Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox.

Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal &
memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for”
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).


~Apa sahaja yang datang adalah terbaik dari Allah. Maka syukurilah dan tetapkanlah hati dalam meneruskan perjuangan. ~


Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku
dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Di petik dari..

~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~


Wednesday, April 7, 2010

Cabaran Seorang Pejuang!!

"Apa itu gentar?"... -gambar hiasan


Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Wallahualam..


Mereka berjuang bermati-matian kerana Allah. Tiada gentar walau sedikit.


Tangan yang menulis ini terlebih dahulu diuji dengan tulisannya.. Muga Allah Perteguh dan Perkukuh kaki pejuang-pejuang kebenaran.


~ Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~