Sabda RasuluLlaah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahan dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."
Hassan RA berkata:
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Justeru sahabat-sahabat, mungkin bersempena permulaan semester yang baru ini, alangkah cantiknya kita perbaiki diri bermula dari niat yang ikhlas kerana Allah. Dalam melaksanakan apa jua kerja. Makan, minum, riadah, "insert-delete subject", mohon biasiswa, berurusan dengan HEP dan lain-lain.
Semuga usaha yang sedikit memberi impak positif ke dalam jiwa, untuk bekalan di hari kemudian. insyaAllah~
~Semuga yang sedikit ini memberikan munafa'at :)~
2 comments:
Salam shiekh..
Syukran tazkirah ringkas enta.. sikit tp menusuk kalBu..
Tegur2lah ana selalu ye..
wassalam.. insyaAllah tuan.
Sama2 jugak tuan. nasihatkan jugak ana yang lemah ini.
Post a Comment