? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 24, 2008

..Melaka oh Melaka..

Isu babi di Masjid Tanah yang pernah mengemparkan negara sebelum ini cuba ditimbulkan semula oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk kepada sensiviti kaum di negara ini adalah merupakan satu sandiwara sahaja.



Ini dijelaskan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, yang mengajak masyarakat Islam di negeri Melaka khususnya supaya jangan terpengaruh dan terperangkap dengan isu yang cuba dimainkan bagi membangkitkan emosi perkauman oleh pihak tertentu.


"Isu ini dimainkan bagi menonjolkan diri seseorang pemimpin atau parti, sepatutnya ianya sudah berjaya diselesaikan sejak dahulu lagi sekiranya pihak terbabit bersungguh untuk menyelesaikannya.




"Bagi membendung masalah ini daripada berleluasa, pihak polis dan kerajaan negeri mesti memainkan peranan yang berkesan dalam menangani permasalahan ini," kata beliau.
Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi menanganinya agar ianya tidak menjadi lebih buruk seterusnya membangkitkan isu perkauman di negeri ini.


Sebelum ini tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengantung kepala babi di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Pemantau Babi dan di kain rentang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di Masjid Tanah, baru-baru ini, mengemparkan pelbagai pihak.


Berikutan itu, kira-kira 600 orang yang terdiri daripada beberapa NGO diketuai Timbalan Pewaris Pusat, Rahimuddin Md Harun mengadakan demonstrasi bantahan dan menghantar memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Pengeluaran Babi, Dato' Wira Abu Seman Yusop serta turut membakar replika lima ekor babi sebagai simbolik agar ladang ternakan babi di Melaka ditutup.

~ihsan dari Harakah :)

Monday, December 22, 2008

Cuti-cuti Malaysia


Gunung Ledang


Mendaki dgn penuh Iltizam :) eheh..

Silap langkah..... habis..


Berehat seketika.
Alamak, air glukos dah tinggal sikit.. :P

Fuih.. Jauh lagi ker??
Bandar Hilir

Penulis berlatarbelakangkan Istana Melayu Melaka..

"Nak carik gadoh ker??" Tom menggertak musuh. :)

Smart Camp pula...


Gaya desa..




Allaahu Akbar!!



Kuliah paling best.. :)
Anda pula, apa yang anda lakukan semasa cuti sem lalu?
(bg mereka yg masih belajar la..) hehe.. :)

Saturday, November 8, 2008

Jauhilah Perkara yang Haram.

Salam..

Nak berkongsi dengan sahabat2 daripada
Ceramah Perdana Ust Zahazan Mohamed:
>Msjid Intan Abu Bakar, Tmn Sri Pulai.
>8 Nov 08

Dalam ceramah tersebut, ust ada menyentuh perihal
perkara yang perlu diambil perhatian
dalam mencapai kemanisan ibadah kita kepada Allah..


"Jauhilah perkara yang haram,
Nescaya Allah akan beri kemanisan dalam ibadah."


Antara 7 elemen yang ditekankan adalah:-

1. Mata : Jaga daripada melihat perkara2 yang haram.

2. Telinga : Mendengar perkara2 yang haram.

3. Mulut : Bercakap yg haram.

4. Tangan : Melakukan yg haram.

5. Kaki : Pergi ke tempat yg haram.

6. Perut : Makan makanan yg haram.

Ha... Yg paling penting shbt, yg ketujuh:

7. Hati : Niat yg tidak baik @ haram.




>>>>>>>Hm... Caner la plak nk jage hati nih??<<<<<<<<<

Cdgn drpd bijak pandai Islam, cara menjaga hati:-

1. Baca al Quran (tadabbur) [3 bulan sekali khatam]
p/s amacam, leh x? :)

2. Bangun qiam [3kali seminggu]
p/s eheh...

3. Banyak istighfar [100 kali sehari]
p/s ouh, insyaAllah, insyaAllah. Mudah jer...

4. Banyak bergaul dengan orang2 soleh.

5. Bersederhana dalam makanan.
p/s senang citer, pose ja..


Semuge yang sedikit ni mendatangkan munafa'at..
~Taqarrub ilaLlaah~

Usah Risau Jika Belum Berpunya

Oleh: Fatimah Syarha Noordin


Resah.
Gelisah.
Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja."
Sekeping hati bermonolog.
Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
................

"Aku tak cantik ka?"
"Aku kurang bergaya ka?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi.....


............................

Oh, remaja!

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina...

>>>>> Nak tahu selanjutnya?
Belilah majalah "Solusi", terbitan Telaga Biru.
Dapatkan majalah ini di kedai-kedai buku utama berhampiran anda..
JB-Kedai Buku Badan Cemerlang, Angsana.

Boleh juga dapatkan dari wakil PMIUTM. :)
Sebelum kehabisan stok.. :)

Monday, November 3, 2008

Buat ape menangis?


Shbt sekalian..

Anda pernah menangis? Kenapa agaknye ye??

Kene tinggal bas untuk balik beraye? Tak dapat jawab pekse dgn bek? mak@ayah@abang marah pd anda?? hm...



Tangisan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Atau kerana amat gembire..

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama,.



Ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita. :) siapa tu??


Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas.



Shbt2 yg saya kasihi...

Jiwa serta hati kita mungkin tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau hati kita tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.


Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu.



Malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati dapat dilunak melalui hubungan dengan Allah SWT. Betul tak??


Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.

Justeru shbt2, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : “Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama, (menadah kitab) maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar”.


Daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunjukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama (untuk belajar daripada mereka), maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar.


Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata.

Shbt2~

Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra’ yang bermaksud : “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’”.
Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.


Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini. Mereka tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Lagi shbt2...~
Daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : ”Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah:
1) Pemerintah yang adil,
2) seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid,
3) dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah,
4) remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah,
5) seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya),
6) seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan
7) seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah)? - Hadis Sohih ni shbt2..


Hm... Sahabat2 yang saya hormati,
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda : “Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah” Hadis riwayat at-Tirmizi.
SubhaanaLlaaah~
Baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera. Tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Na’uzubiLlaah~

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : “Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata”.


Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Masya Allah sahabat2..
Para ulama’ telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT :
1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.




2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya.
3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu.
4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah.


5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Jom shbt2~ Taqarrub ilaLlaah~
InsyaAllah..
edited from >>>HarakahDaily>>>

Wednesday, October 29, 2008

Soalnye Hati =)



Hati yang mati
Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.



Hati yang sakit
Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:
1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak
1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.


d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.


g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.


j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.


m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.


p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka. r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.





~Gambar Hiasan~
Sumber~ HarakahDaily

Semuge mendapat Munafa'at :)




Tuesday, October 28, 2008

Omar Mokhtar, singa padang pasir digeruni musuh

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa?id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.
Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.
Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad
Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:
1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.
2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.
3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati
Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." - lanh _


Sumber~ HarakahDaily

Saturday, October 11, 2008

Ustaz Dr Mujahid Yusuf Rawa masuk Hospital

Shbt2, harap dapat doakan supaya Allah berikan keadaan yang terbaik untuk Ustaz Dr Mujahid. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Parti Islam SeMalaysia.


Kalau kesakitan ustaz itu baik untuk ustaz di bawah Pengetahuan Allah, maka itulah yang baik untuk ustaz.
Tp, jika keadaan sihat itu baik untuk ustaz di bawah Pengetahuan Allah, maka pulihkanlah ia ya Allah.. Amiin~

p/s: Sebelum ini, Ustaz Mujahid menetap di Melaka. Beliau mengajar kitab Hadis 40 sehingga Khatam di Balai Islam Darul Ihsan, Tmn Peringgit Jaya-Medan Trbiyah ana sekeluarga (especially ayah n mak ana). Syukur~
Byk jase nye tehadap perjuangan Islam di Melaka.
Takbir!!

Friday, October 10, 2008

Apa Sudah Jadi? Kampus oh Kampus..

-Strategi sembunyikan pilihan raya kampus-



KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Pilihan raya kampus (PRK) kali ini dijangka mengulangi sistem lama iaitu diadakan secara berasingan yakni tidak serentak.
Iklan




Menurut sumber kepada Harakahdaily, ianya dibuat dua peringkat iaitu pada 16 Oktober bagi sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan selebihnya akan diadakan pada bulan Januari akan datang.



Hal tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron dalam suatu mesyuarat bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor pada 6 Oktober lalu.
Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.



"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.


"Sepatah kata Dato? Idris ?Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!? demikian menurut sumber tersebut.



Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.
Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian. Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat.

Wednesday, October 8, 2008

Syak Wasangka!!

Syak Wasangka

Seseorang yang bersifat dengan sifat ini sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya syak wasangka adalah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa ketidakpuasan hati mereka, menjadikan mereka berbuat keburukan dalam kerjanya dan dia tidak membuat pertimbangan lain.

Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting. Rasa ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak wasangka. Permulaannya, seseorang itu menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapan. Al Quran menghukumkan kedua-duanya berdosa. Firman Allah dalam surah al Hujurat ayat 12 yang bermaksud

”Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang”

Menurut hadis, Nabi bersabda, ”Waspadalah, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Hazrat ’Abdullah ibnu Mas’ud r.a. mengatakan bahawa, ”Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama”. Hazrat Muawwiyah mengaitkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa , ”Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah d dalam menghancurkannya.”

WA’~

rujukan:-


”Pra-syarat kejayaan Harakah Islamiyyah”, S. Abul A’la Maududi

Tuesday, October 7, 2008

Kami mahu Inspirasi Baru

Versi Raye

Saturday, September 27, 2008

Hadiah Hari Raya untuk Rakyat!!

SubhanaLlaah..

Saya yakin dan percaya, anda dapat melihat keadaan kerajaan yang semakin terumbang-ambing (lebih-lebih lagi menjelang raye ni). Dengan desakan dan pandangan sinis dari pimpinan tertinggi kerajaan terhadap pemimpin tertingginye. Begitu juga dengan pentadbiran yang agak kucar-kacir (isu Kg Plentong) seperti tiada penghujungnya. Huhu..
Saya boleh klasifikasikan situasi ini sebagai angpau hari raya kerajaan kepada rakyat.
Kenapa??


Along : Selamat hari raye n Maaf zahir batin pok su.
Pok Su : InsyaAllah, same2.. Maaf kan pok su jgak ye.. Hm.. Ni. Amek uit angpow ni.

Adik : Camat ari raye..
Pak Kasim : Selamat hari raye.. Hu.. Dah besar dah..
Hm.. Ni.. Duit raye. Wat belanje sekolah.

Saya bawakan contoh suasana hari raya di Malaysia sekarang.
Dan banyak lagi situasi yg menggambarkan kemeriahan hari raya.

Nah!!
Kerana itulah, saya menyatakan bahawa kerajaan turut memberikan hadiah hari raya kepada rakyat dengan isu2 yang tidak sepatutnya berlaku.
Hm.. Same2 kite bergerak menyelamatkan negara yang tercinta ini,dan banyakkan berdoa. W'A...

Thursday, September 25, 2008

~Berakhir Episod Ramadhan ke-22 buat kU~


Ya Allah...

Aku dah sampai ke penghujung Ramadhan rupenye..
Alangkah indah sekiranya sepanjang tahun adalah Ramadhan.
Surau dan masjid di imarahkan,
Sedekah di amalkan,
Malam2 dihidupkan dgn beri'tikaf di rumah2 Allah..
Ya Allah..
Sampaikan lah aku ke Ramadhan yang akan datang ya Allah..
Sampaikanlah kami ke Ramadhan akan datang..
Ameen...

Wednesday, September 24, 2008

Kadar Inflasi Paling TINGGI dalam masa 27 tahun!! Tq (",)


Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.


"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.


"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.


Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.


~Ihsan: Malaysiakini :)

Harga Minyak Turun sikit lg..

Monday, September 15, 2008


"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadhan tahun ini". Tidak putus-putus doa itu saya ucapkan, mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih dalam bulan yang paling dinanti-nantikan kami.

Pada bulan ini kami umat Islam akan sama-sama mengerjakan ibadat puasa yang menjadi sendi kepada Rukun Islam. Berpuasa pada kami merupakan satu nikmat yan tidak dapat untuk dibayangkan lantaran itulah tandanya kami mencintai Tuhan kami dengan menunaikan segala perintahnya; meski susah atau sempit.

Bagi kami umat Islam, kami mengerjakan ibadat tanpa melihat kepada kebaikan yang bakal diperolehi, sebaliknya kami akan mengerjakan semuanya tanpa mengira baik atau buruk sekiranya ia datang daripada Tuhan kami. Namun yang perlu jelas ialah segala arahan yang dikeluarkan oleh Allah SWT melalui utusannya yang mulia ternyata semuanya memberi kebaikan yang melimpah kepada kami.

Ibadat puasa bukan sahaja menjadi amalan khusus untuk umat Islam, malah begitu juga halnya penganut agama lain. Cuma yang membezakan Islam dengan yang lain ialah kami ada satu bulan yag dikhususkan untuk berpuasa iaitu bulan Ramadhan. Malah dalam beberapa konteks, kaedah berpuasa umat Islam ada sedikit berbeza dengan penganut agama lain.


Saya berani untuk menyatakan ibadat ini tidak menyusahkan apabila ramai kanak-kanak kecil yang baru mencecah umur 7 tahun mampu untuk menahan lapar di siang hari sebulan lamanya, dengan wajah yang masih mampu tersenyum ria. Namun, ada satu gejala yang kurang manis manis menimpa umat Islam. mereka ternyata lebih ghairah untuk mengerjakan ibadat semahu-mahunya dalam bulan ini tetapi tidak mengekalkan mutunya pada bulan-bulan yang lain.

Tidak mengapa jika mutu itu tidak setanding, namun malangnya mutu sebelum dan selepas Ramadhan adalah sangat jauh bezanya dengan mutu di bulan Ramadhan. Lalu, saya sedikit tertanya-tanya. Apakah umat Islam beribadat kerana Ramadhan atau kerana Tuhan yang menjadikan Ramadhan? Saya sedikit terperanjat dengan kemampuan beberapa kawan saya mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan.



Saya juga terperanjat apabila malamnya padat dan penuh dengan ibadat berpanjangan, serta zikir yang membasahi bibir. Namun sebelum Ramadhan, ia tidak sebegitu. Malah, sehari selepas Ramadhan, ia terus transform hampir totally.

Saya tidaklah seperti Ibnu al-Qayyim yang keras dalam bab sebegini, Namun saya tidak mahu kelembutan al-Ghazali akan menyebabkan ramai yang terleka. Saya berpandangan, alangkah kontangnya ibadat bulan Ramadhan yang hanya terfokus kepada Ramadhan semata-mata, tetapi langsung tidak mempunyai semangat istiqamah dan berlandaskan ilmu yang tinggi.
Islam bukan terhasil dengan ibadat khususiah semata-mata. Solat bukan melambangkan Islam, begitu juga puasa. Tahajjud tidak menggambarkan kesolehan seseorang, begitu juga hafiz al-Quran tidak menggambarkan insan yang unggul.. Islam bukan sekadar itu sahaja, malah Islam adalah sesuatu yang sangat luas, mencakupi segenap perkara. Islam bukan sahaja puasa, malah Islam juga jihad. Islam bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah Islam juga agama untuk Safar.

Umat Islam terus-menerus mengejar keberkatan Malam al-Qadr, tetapi malam yang lain hambar sahaja. Saya semakin keliru, keberkatan al-Qadar ke yang dicari, atau Rahmat Ilahiyah? Namun saya sedikit gusar jika ada yang salah faham.



Sahabat-sahabat mesti jelas, memang ada anjuran memperbanyakkan ibadat di bulan Puasa dan di malam-malam ganjil, namun janganlah hal tersebut menyebabkan kita alpa dan tenggelam dengan janji-janji pahala sehingga kita termasuk dalam golongan abid tetapi jahil. Tanda orang-orang jahil adalah membaca al-Quran selaju mungkin untuk dikhatamkan dalam sebulan.





Tanda orang-orang jahil adalah mengerjakan ibadat tanpa putus tetapi terus merudum selepas Ramadhan. Tanda orang jahil adalah berzikir tanpa putus tetapi meninggalkan gerak kerja Islam. Ayyuhal Muslimun, memang benar Ramadhan bulan ibadat, dan para ulama mengkhususkan bulan ini untuk ibadat. Tetapi, saya nak menjelaskan di sini, bahawa kadang-kadang ibadat kita perlu melihat kepada realiti semasa.



Dalam keadaan Islam ditekan begitu berat, apakah kita masih lagi ingin menghabiskan banyaknya masa kita dengan solat dan zikir semata-mata dengan meninggalkan amal-amal Islami yang menjadikan kita mulia. Seorang sahabat saya berkata: "Wajah ulama' yang berseri bukanlah disebabkan banyaknya amal ibadat, tetapi kerana seriusnya mereka berjihad pada jalan Allah SWT tanpa putus-putus" .


Kita perlu mencermati dan menekuni pesanan-pesanan nabi SAW bahawa ibadat yang berbaur kejahilan tidaklah begitu bererti jika dibandingkan dengan ibadat yang diiringi ilmu yang mendalam. Malah, si faqih lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding si alim mengikut pandangan Al-Qaradhawi.





Ini kerana si alim melihat dengan mata sedangkan faqih melihat dengan mata dan hati. Pandangan mereka lebih jauh menjangkau ke dalam berbanding si alim yang hanya gah luaran tetapi kotor dalamannya. Saya bermaksud di sini, orang alim yang hatinya busuk, yang dikatakan tergolong dalam tiga golongan awal masuk ke dalam neraka bersama mujahid yang mencari nama dan pembaca al-Quran yang mencari gelar mulia.




Alim sebegini hanya mencari nama agar mereka dapat setanding dengan para ulama' dan dapat memperlekehkan sang juhala'. Maka, jika dikatakan alim pun boleh terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan lumpur-lumpur kekotoran lantaran terpengaruh dengan kehendak nafsu yang menelan, maka apatah lagi sang abid yang dicelarukan dengan kurangnya ilmu dan kefahaman.

Justeru, Umar Abdul Aziz tegas menyatakan amalan bertambun tanpa kefahaman lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan. Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai training ground kepada semua aktivis mahasiswa dan penggerak jentera mahasiswa muslim untuk merealisasikan jihad dalam Medan yang sebenenar.


Tidak boleh dijadikan keletihan dan kelaparan sebagai satu sebab menolak perjuangan malah tidak boleh dijadikan alasan bulan Ibadah untuk memperlahankan gerak kerja. Telah saya jelaskan, zaman yang kucar-kacir ini menuntut mujahid yang abid bukannya abid yang mujahid. Sekarang merupakan era yang berbeza sama sekali dengan zaman al-Syafei yang boleh menumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan menekuni bacaan al-Quran.





Saya tidak pernah berniat untuk menterjemahkan kematian saya dalam keadaan saya bersujud dalam tahajjud tidak. Saya tidak berdoa sama sekali untuk meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan saya sakit yang membawa kepada maut. Malah, bagi saya, doa yang saya pinta dan pohon adalah kematian dalam bentuk perjuangan mati syahid dalam menggapai redha Allah SWT.

Ramadhan bagi saya memang bulan khusus buat umat Muhammad tetapi tidak pernah saya nafikan bulan lain juga sebagai bulan ibadat.

Tidak pernah saya terfikir ingin terlalu mencari lailatul qadr sehingga mengetepikan kekuatan malam-malam yang lain. Benar, Ramadhan sangat mulia. Benar, lailatul qadr sangat mulia. Namun kemuliaannya tidak pernah membuatkan saya hanya memperbanyakkan amal ibadat sehingga peringkat maksimum kemudiannya terus longlai di hari yang lain.









Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan.

Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini supaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jiwa kami bakal terkorban sekalipun. Allahumma ameen, Ya Rabbal-'Alamin…

Article by Mohd Dzulkhairi B Mohd Noor, edited by iLuvislam studio.
http://www.dzulkhairy.blogspot.com/ :)

Sunday, August 3, 2008

Konvensyen MPP: LebiH HanGaT dAri yAnG biAsA!

Assalaamu 'alaikum w.b.t..




Dengan kalam yang mulia saya jadikan sebagai pembuka bicara. Konvensyen MPP yang sudah sekian lama dinantikan akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Rentetan daripada siri penangguhan program, dari semester ke semester, dari bulan ke bulan, dan dari minggu ke minggu. Dan akhirnya, tanggal 25 Julai 2008, konvensyen kali ini diadakan dengan suasana yang agak lesu (tanpa kehadiran MPP yang sudah give up mungkin). Konvensyen kali ini bertajukkan "Mahasiswa Pewaris Kepimpinan Negara".




Adapun tidak banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan ruang yang amat terbatas ini, melainkan dengan isu yang boleh juga saya kira sebagai penting iaitu isu "Ahli Politik dibenarkan masuk ke kampus untuk berdebat @ menyampaikan ucapan". Mungkin dikalangan pembaca yang kurang bersetuju untuk saya meng"highlight"kan isu ini. Dengan alasan:
>ape nak sibuk2 ngan politik. Byk lg tugas yg lom settle..
>tugas aku sekarang adalah sekian-sekian.....
>aku tidak peduliisme...
>Huh!! Politik politik politik!! sudah bosan same politik!!
>lain-lain.. sile nyatakan_______


Apepun yang mungkin sedang pembaca fikirkan, saya ada menyediakan gambar-gambar yang di ambil sepanjang konvensyen untuk tatapan bersama..







Suasana hangat dewan Konvensyen






Bersama dengan Inspirasi Baru!!






Berlatarbelakangkan Timb. Menteri Pengajian Tinggi





MPP bersama Y.B. Timb. Menteri Pengajian Tinggi
Dato' Ir. Hj Idris B Hj Haron

W.A~~ to be continue..... ?



















Wednesday, July 23, 2008

Akhlak Berjamaah


Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.
Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui RasuluLlah S.A.W., dia berkata:
“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah, maksudnya:
“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

2. Istiqamah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s. yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:
“Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)


Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah S.A.W.:
“Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”


Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibubapa dan lari dari medan perjuangan.”

3. Taat



Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu).......”. (an-Nisa : 59)


Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.
Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:
“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut
a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga kumpulan bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam kumpulan, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.


4. Wala’


Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.
Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’”
(al Maidah : 55)

5. Disiplin
Firman Allah, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
(ali Imran : 200)


Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
1. Tatatertib dan kelakuan diri
2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik
3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan
4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan

Penutup


Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan kumpulan. Setiap orang mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan peribadi yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.




W'A~

Sunday, June 22, 2008

Semester Baru, Azam Baru..

Assalamu ‘alaikum warahmatuLlaahi wabarokaatuh..

Dengan lafaz mulia pembuka bicara, mengajak sahabat2 merenung sejenak kisah perjuangan sahabat2 Nabi Muhammad saw ketika peperangan Muktah. Perang antara tentera Muslim dengan tentera Rom. Jika dilihat dari sudut bilangan tentera, maka ia berpihak kepada tentera Rom. (100000 org VS 3000 org). Namun, dengan kecekalan dan kekuatan ’aqidah yang terdapat pada diri para Sahabat rodhiaLlaahu ’anhum ajma’iin, ”Ada apa pada Kuantiti??”

Peristiwa yang bersejarah ini didahului dengan pelantikan panglima angkatan tentera bg mengepalai kumpulan muslimin. Panglima tentera Islam adalah; Zaid bin Harithah r.a., Ja’afar bin Abi Talib r.a. dan AbduLlah bin Rawahah r.a..

Sebermulanya perang, panji ke’izzah’an Islam dijulang oleh Zaid bin Harithah r.a.. Peperangan meletus dan gugurlah Zaid bin Harithah r.a. sebagai panglima tentera Islam pertama yang syahid dlm peperangan teersebut. Kemudian, panji tersebut telah disambut oleh panglima tentera Islam yang kedua, Ja’afar bin Abi Talib r.a.. Beliau juga ’mendapat’ syahid. Panji kebesaran Islam itu seterusnya disambut oleh panglima tentera Islam yang ketiga, AbduLlah bin Rawahah r.a.. Maka, Allah juga memilih AbduLlah bin Rawahah r.a. sebagai syuhada’. Terbunuhlah ketiga-tiga panglima tentera Islam.

Maka, Nabi Muhammad s.a.w. pun melantik Khalid al Walid sebagai panglima tentera Islam keempat bg menggantikan panglima2 tentera Islam yang telah syahid. Dalam keadaan yang masih baru memeluk Islam (4 bulan), pelantikan beliau telah menyuntik semangat jihad kepada tentera2 Islam dan akhirnye kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Begitulah terbitnya azam baru, semangat baru dan rouhul jadiid para tentera Islam bertitik-tolak daripada pelantikan Khalid al Walid. Bertitik-tolak daripada satu keadaan (kematian 3 panglima tentera Islam). Nah!! Ayuh ambil peristiwa penting ini sebagai pembakar semangat sahabat2 dalam berjuang, penyuntik jiwa baru dalam perjuangan ilmu. Sekiranya semester2 sebelum ini ”kurang menjadi”, maka jadikanlah ia sebagai i’tibar dan pengajaran. Jika semester2 sebelum ini ”kacau bilau”, jadikanlah ia sbg kayu ukur dlm menilai prestasi semester baru ini.

Jangan goyah, jangan longlai. Perjuangan ini amat jauh dan masih belum selesai. Carilah wadah bagi membantu diri dalam perjuangan ini. Carilah Inspirasi Baru. HIDUP!!

Saturday, June 7, 2008

Aduhai minyak..


Sambungan "Hari ini dalam sejarah"..

Mungkin antara sebab ku memilih takaful (yang leh dikongsi disini) sebagai tempat praktikal adalah:
1) Berkerja dengan sahabat.
2) Memeriahkan rs.
3) Mengajar tuisyen
4) Tolong-menolong amalan mulia J MPP dll. kehkeh..
5) (yang paling penting) Petronas lambat response :’( wa..

Seminggu sebelum start praktikal..


ignore it..
Ku teruskan dan tabahkan hati menerima semua ini.
Setibe nye, ku lihat seperti awal bebeno sampai opis ni. 7.45am..
tiada sape pun lagi. sehinggalah de shbt (Juwahir) dtg menyambut senyuman ku.
Pintu dibuka dan ku masuk…
Bermula lah sejarah untuk lebih berdikari.

Ku akui. rekabentuk dan layout pejabat ini tidaklah boleh dibanggakan (material) jika dibandingkan dengan pejabat2 lain. Namun, ia masih mampu untuk menjadi wadah dakwah seantero johor.






Pandangan dari hadapan Agensi MBB Management and Services,

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Senai.







Pekan Senai
Sambung..

Sunday, June 1, 2008


Sila lihat gambar ini. Apa yang tak kene?

Hari ini dalam Sejarah.

Sebermula praktikal mendedahkan ku kepada dunia sebenar. Dunia yang 'nyata'. Ter'nyata' penuh tipu helah. dan penuh dgn perangkap. Pelbagai sikap, perangai, atitude, akhlak, adab n len-len lagi diperkenal padaku.

Ya, seawal 7.20am enjin motor ku panaskan. (eheh.. moto sham fefe. JazakaLlaahu khairan jazaakh..)
Persediaan sblum ke tmpat kerja. Alamat ini ku teliti,
No 39,
Jala Raya,
81400 Senai.
Johor.
memastikan ianya tidak silap sperti yg ku lihat smalam.

dlm prjalanan ke syarikat Takaful Ikhlas, terngiang-ngiang pertanyaan ibuku di fikiran.
"Kenapa tak terima tawaran ber'praktikal' di petronas, tempat kaklong tu?"

Eheh.. ada la sebabnye.. To be continue.. :) ngantuk

Saturday, May 24, 2008

Lompat..


Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah adik cepat,
Cepat bangun dan gosok gigi.

Lagu kanak-kanak yang diajar
mase tadika dulu (Yayasan Islam Terengganu)
masih segar dalam ingatan. Dek kematangan yang
meningkat tak menghakis walau sedikit hafalan ana terhadap
lagu itu. Eheh..

Hm.. Jap2.. Lompat??
Nah, kini ia menjadi isu yang hebat diperkatakan.
"Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh.
Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.
Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat?
Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana
sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM.
Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri."
-Che Det

Maklumat Lanjut..
http://www.chedet.com/

Mu'amalat antara kita.

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci."

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan menahan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Seterusnya dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab."

Pada kedua-dua ayat Surah An-Nur tadi, Allah telah menjelaskan garis panduan dan tatacara pergaulan antara orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Secara rumusannya Allah menggesa kedua-dua golongan tadi supaya masing-masing menjaga pandangan (samada dengan menundukkan pandangan mahupun memalimngkan ke arah lain) daripada melihat perkara-perkara yang tidak halal untuk dipandang. Gesaan menjaga pandangan ini pula telah dilanjutkan dengan arahan supaya menjaga kehormatan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat. Dari mainan pandangan mata akan menghasilkan desakan kejiwaan yang tidak baik. Dalam erti, bila mana sesebuah masyarakat menjaga pandangan dari melihat perkara mungkar, maka masyarakat tersebut akan terpelihara daripada terjerumus ke dalam jurang kemusnahan dan hilangnya penghormatan diri.

Atas dasar inilah, Islam melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram berpandangan antara satu sama lain justeru dibimbangi mendatangkan fitnah yang boleh mendorong kepada gejala kerosakan akhlaq yang lebih besar seperti penzinaan dan seumpamanya. Namun bagi pandangan yang tidak disengajakan ia tidak mendatangkan sebarang dosa, sebagaimana yang dimaksudkan dari sabda Rasulullah kepada Saidina Ali: "Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) sementara pandangan kedua pula adalah atasmu (berdosa)."

Daripada keterangan-keterangan tadi, jelas bagaimana Islam mengajar kita supaya menjaga pandangan kerana natijah dari pertembungan pandangan akan mendatangkan gangguan perasaan dan emosi yang mengajak untuk terus mengenali dan menyusuri lebih lanjut. Dengan demikina, kita lihat ulama' salaf menyifatkan pandangan mata sebagai panah yang berbisa sebagaimana pepatah Melayu juga pernah menyebut "dari mata turun ke hati".

Suruhan agar merendahkan pandangan sebenarnya bertujuan supaya jiwa dan hati setiap mukmin sentiasa terjaga dari gangguan dan noda yang boleh merosakkan hubungan kejiwaan dengan Allah s.w.t.

Seterusnya jika dilihat pula kepada tuntutan-tuntutan bagi para mukminat dalam ayat 31 tadi, mereka bukan sahaja dituntut supaya menjaga pandangan dan memelihara kehormatan, namun lebih dari itu mereka dituntut supaya memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menzahirkan perhiasan kecuali kepada mahramnya. Gesaan ini berjalan seiring dengan tuntutan di atas tadi kerana semuanya itu jika diabaikan salah satu daripadanya, akan menyumbang kepada berlakunya kemusnahan dalam masyarakat.

Kedua-dua ayat tadi meskipun tidak menyentuh secara langsung tajuk perbincangan kita, namun beberapa panduan darinya dapat dipetik dan ia akan disentuh selepas selesai perbincangan umum terhadap maksud-maksud yang dikehendaki dari ayat-ayat berkaitan.

Ayat 53 surah Al-Ahzab secara keseluruhannya pula mengajar orang-orang yang beriman tatacara bertamu dan mengunjungi undangan Rasulullah s.a.w. Allah juga menjelaskan tatacara berinteraksi dengan para isteri Rasulullah s.a.w.. Ini dijelaskan menerusi ayat yang telah dipetik sebentar tadi yang bermaksud: "Dan jika kamu memiinta sesuatu kepada mereka, maka mintalah dari belakang hijab. Itulah yang lebih membersihkan hati kamu dan hati mereka."

Melalui firman ini Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cara berhubung dan berinteraksi antara lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan para isteri Rasulullah s.a.w. (samada meminta sesuatu hajat atau menanyakan sesuatu) melalui belakang hijab. Arahan ini menurut Al-Qurtubi, meskipun ia berkait langsung dengan isteri-isteri Rasulullah namun terpakai kepada para muslimat kesemuanya.

Arahan itu tadi menggesa supaya interaksi yang berlaku antara muslimin dan muslimat (yang ajnabi) dilakukan dengan syarat 'berhijab'.

Hijab merupakan satu batasan yang telah ditentukan oleh syara' membatasi perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan pendinding menjamin interaksi boleh berlaku tetapi mesti berasaskan hijab. Ia tidak membawa maksud perhubungan tidak boleh berlaku, sebaliknya ia boleh terjadi, namun ia mestilah berasaskan hijab.

Sunday, January 13, 2008

Hijrah Pencetus Perubahan


Tanggal 1 Muharram 1429 , iaitu bersamaan 10 Januari mengikut kalendar Masihi merupakan permulaan tahun baru bagi umat Islam. Tarikh keramat tersebut sebenarnya mengandungi peristiwa kira-kira 1400 tahun yang lalu, iaitu penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke Kota Madinah. Di sini, saya ingin membawa rakan-rakan mahasiswa menyelami apakah iktibar atau pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam) nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
An-Nisa’:100

Justeru, apakah sebenarnya hijrah yang boleh dilakukan oleh umat Islam pada masa kini?
Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas daripada itu. Hijrah adalah keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik,lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Ilahi.

Bagaimanakah pula ianya boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai mahasiswa? Kita perlu sentiasa berhijrah dari segenap aspek, meliputi aspek keilmuan, keimanan, peribadi dan juga amal. Sebagi mahasiswa, kita seharusnya membuang sikap-sikap yang negatif seperti malas belajar, tidak bersemangat untuk ke kelas, datang lewat ke kelas dan sebaliknya menyuburkan sikap-sikap yang baik dan positif seperti membudayakan ilmu dalam diri dan mengamalkan adab sopan. Kita juga perlu mengikis sikap pesimis iaitu sikap negatif yang seringkali menghakis keyakinan dan keupayaan kita untuk tampil cemerlang sebaliknya digantikan dengan sikap optimis iaitu sikap yang mengarah kepada positive-minded dalam diri dan berani menghadapi apa jua cabaran dan sentiasa bersemangat dan yakin untuk mencapai kejayaan.

Tanpa sifat-sifat sanggup untuk berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan tidak akan berhasil dengan mudah. Islam tidak menyuruh kita untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka".

Oleh itu, sebagai penutup bicara, saya mewakili barisan kepimpinan Mahasiswa mengucapkan Selamat menyambut Tahun baru Hijrah kepada semua mahasiswa sekalian. Sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan kebaikan dan kemajuan dalam segenap aspek kehidupan. Yakinlah apabila kita memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan diri, maka pertolongan Allah pastinya akan datang. Allah akan mengubah kita dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Insyaallah... Salam MaalHijrah 1429. Semoga sentiasa dalam kejayaan.

Thursday, January 3, 2008

MENJANA MAHASISWA BERKEPIMPINAN


OLEH : SHAHRIN AZAM BIN ISMAON


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menjadi kebanggaan besar untuk menjejakkan kaki kemenara gading. Bergelar mahasiswa melambangkan ketinggian ilmu, budi dan pekerti. Namun itu pada teorinya, sejauhmanakah kebenaran falsafah seorang mahasiswa ini? Harus diteliti dan diperbaiki.

Jika suatu ketika dahulu, mahasiswa menjadi ikon kebanggaan masyarakat, hari ini mahasiswa seolah-olah tidak dipandang dalam banyak perkara, bukan kerana bilangan universiti yang banyak yang menjadikan gelaaran mahasiswa sudah tidak glamor, namun gelaran mahaiswa sudah tidak keramat lagi.

Mahasiswa dilihat sebagai 'title' yang gah namun tiada lagi fungsinya. Ini berlaku lantaran mahasiswa diasak sikap pentingkan diri, pentingkan kerjaya nanti sehiggakan bila hak mahasiswa di ceroboh, tiada siapa yang berani membelanya kerana takut nama disenarai hitamkan. Lantaran itu lahirlah mahasiswa yang tiada lagi bisanya, isu mahasiswa tiada pembelaan apatah lagi isu masyarakat yang telah lama dikesampingkan.

Justeru itu pemilihan mahasiswa yang sepatutnya untuk menjadi wakil adalah amat penting bagi memastikan penjanaan mahasiswa berkepimpinan akan berlaku dan akan membuahkan mahasiswa yang peka dan cakna.