? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 14, 2009

Protes anti-Islam makin menjadi-jadi



Kerajaan Britain menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang meletus antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan kumpulan Muslim yang semakin kerap berlaku di beberapa kota besar negara itu.

Malah, Menteri Masyarakat, John Denham, menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja cuba menimbulkan kekacauan.


SEORANG lelaki membawa sepanduk membantah

pembinaan masjid dalam protes EDL di tengah Britain.


Dalam temu ramah dengan akhbar The Guardian, menteri itu dipetik sebagai berkata: "Taktik cuba menghasut agar berlaku tindakan balas dengan tujuan untuk mewujudkan keganasan lebih besar serta kekacauan sudah lama menjadi amalan kumpulan ekstremis dan berhaluan kanan."

Beliau merujuk kepada keganasan di Luton, Birmingham dan London sejak beberapa bulan lalu membabitkan kumpulan berhaluan kanan, termasuk Liga Pertahan Inggeris (EDL) dengan belia Muslim.

Denham bimbang, ia mengulangi keganasan pada 1936 selepas pemimpin fasis Britain, Oswald Mosley, mengetuai perarakan di kawasan padat penduduk Yahudi di East End, London.

Tetapi EDL menolak anggapan ia dipengaruhi fahaman fasis dan menegaskan ia hanya menentang militan Islam.


PENUNJUK perasaan EDL membawa sepanduk bermaksud

"Usir pelampau, pastikan keselamatan Britain" dalam protes di Birmingham.



Dalam laman webnya, kumpulan itu mendakwa keganasan tercetus kerana hasutan kumpulan Muslim dan puak berhaluan kiri.

Namun, jurucakap Majlis Muslim Britain (MCB), Inayat Bunglawala menyifatkan misi sebenar EDL bersifat anti-Muslim dan soal militan Islam hanya alasan.


"Mereka tidak menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah MCB, kumpulan payung bagi pertubuhan Muslim Britain, menyaksikan kejadian anti-Muslim yang semakin menjadi-jadi termasuk serangan ke atas masjid dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Media di Britain melaporkan, EDL berasal dari Luton, bandar pelbagai etnik di utara London, yang menyaksikan tunjuk perasaan Muslim terhadap askar Britain yang kembali dari Iraq, Mac lalu.

Sekumpulan penduduk Muslim berjanggut berpiket ketika sambutan balik tentera berkenaan dan menaikkan sepanduk menuduh mereka 'penyembelih' dan 'pembunuh bayi'.

Ketegangan meningkat Mei lalu apabila demonstrasi kumpulan berhaluan kanan menggelarkan diri mereka 'Rakyat Bersatu Luton' menyebabkan premis perniagaan Asia Selatan diserang dan kereta mereka dipecahkan.

Bulan lalu, pengganti kumpulan berkenaan, EDL, cuba menganjurkan bantahan di Birmingham, apabila mereka bergaduh dengan penunjuk perasaan antifasis.


Sumber -


Thursday, August 27, 2009

Adakah sedar?



Gunakan peluang yang Allah berikan dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja tanpa wujud peningkatan momentum ke arah pengislahan diri. Smuga Allah redha dan terima amal perbuatan kita semua..

Sunday, August 16, 2009

Begini rupanya dalam Ka'abah.

Sahabat-sahabat pernahkah terfikir, bagaimana rupa ka'abah dibahagian dalamnya?





Sumber

Saturday, August 15, 2009

Adakah Anda Mahu Tenggelam?

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”.

Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran.

Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong?

Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?

Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, jika kapal yang anda naiki itu dilubangi atau dirosakkan oleh segolongan pihak.






Contohnya, ada segolongan lelaki cuba melubangkan lantai bahtera itu dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”.

Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat.

Bilamana pelaku kerosakan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.

Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?”

Bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini?


"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]

Monday, July 27, 2009

mansuh mansuh!!

Saturday, July 11, 2009

Duduk VS Juang


"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)

dari kalangan orang-orang Yang beriman

dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.

Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat.

Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga),

Dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"


an Nisaa': 95



Sahabat-sahabat teliti ayat Allah ni betul2..
Perbezaan yang Allah tunjukkan antara orang beriman yang dok saja dan orang beriman yang pergi berjihad. Banyak ganjaran yang akal diperoleh.

Nah!! Jangan malas-malas.
Pergilah berjihad dalam apa jua cara sekali pun untuk Islam.
Menulis artikel? Wat kertas kerja? Jadi Pengarah Program?
Jadi AJK makanan? Pegi edar risalah? Potostat artikel? Dan lain-lain lagi..
Semua itu dikira amalannya selagi niatnya betul, kerana Allah.
Yakinlah dengan janji-janji Allah.

:)


~Smuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~