? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 30, 2009

Falah

Selesai membaca al ma’thurat, ku melangkah ke dapur melihat ibu ku sedang menyiapkan sarapan.



Ku cuba mencari, keje ape yang aku boleh buat untuk membantu ibu ku.
“Macam mana ni syuib?” ibu ku memulakan perbualan.
“Kaklong call pagi tadi, minta mak ke KL. Tolong tengok-tengokkan Ayid.”



Kakak ku terlibat dengan kursus di kota metropolitan.
Mengharapkan ibu ku menjaga Ayid buat seketika.
almaklum, terasa berat hati ibu untuk menyerahkan anak kecil ke rumah asuhan.

Ku mula gelisah. “hari ini aku penuh dengan program,” bisikan hatiku menerjah.
Ku cuba menyusun ayat,


“hm… Mak, syuib macam… hm…” aku gagal.



“Kenapa syuib? Ade program ke?” ibu ku pantas meneka.
Syukur..

“Ye mak, sepanjang hari syuib penuh program.”
Gelisah hati ibu ku cuba disembunyikan dengan senyuman nya.



“Ouh.. ye ke?”
“Tak pe lah kalau macam tu,” tenang ibu ku, lebih memujuk dirinya.

Aku memahami kehendak ibu, dan ibu juga memahami jalan ku.
Ya Allah, ku bersyukur dikurniakan insan bernama ibu.
Sob sob.. :’)



Kau masukkanlah ibu ku di dalam kalangan orang-orang yang mendapat Falah dunia akhirat.
Ameen~

~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~

Tuesday, May 26, 2009

Titik Tolak

Assalamu‘alaikum w.b.t..

Bersyukur kepada Allah, Tuhan yang Empunya dunia dansegala isinya. Mentadbir sekalian alam. Kita masih lagi berpeluang menikmati nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Tanpa segan silu, menerima nikmat tersebut dalam mendekatkan diri kepada Allah. Semuga kita semua tergolong dalam hamba-Nya yang bersyukur.


Tanggal 22 Mei 2009 merakam sejarah hidup apabila saya menerima galasan tanggungjawab yang cukup berat.Taklifan. Tiada keupayaan melainkan dengan izin Allah. Semuga Allah memberikan kekuatan.


Sahabat-sahabat yang saya kasihi.


Musim cuti telah tiba. Masing-masing mempunyai agenda dan perancangan tersendiri bagi memenuhi musim cuti ini. Tidak dilupakan bagi mereka yang masih menuntut di sekolah. Sudah tentu banyak tugasan yang perlu dilakukan. Jangan lah bertangguh dalam melaksanakannya. Bertangguh itu tidak layak disemat ke dalam hati pejuang-pejuang Islam.


Di kesempatan sahabat-sahabat bercuti, jangan dilupakan akan masa-masa yang mendatang. Uruskan lah dengan membuat perancangan dari sekarang. Semuga cuti ini menjadi "Titik Tolak" kepada kehidupan yang kebih bermakna dan terancang pada masa akan datang.

Follow the Leader!! ?


Monday, April 20, 2009

Suntikan Melaka



18 Apr 2009 yang lalu menyaksikan satu suntikan baru buat rakyat Melaka apabila program yang julung-julung kali diadakan dengan kehadiran YAB Dato' Ir Nizar Jamaludin dan Dato' Husam Musa sebagai tetamu jemputan khas.


Program ini bertujuan menyemarakkan gelombang kebangkitan rakyat, khususnya rakyat negeri Melaka, dengan beberapa siri kejatuhan BN di beberapa pilihan raya kecil belakangan ini.


Rakyat Melaka mula tersedar dengan kecacatan BN, lantas penzahiran sejelas-jelasnya yang Allah tunjukkan semasa perhimpunan agung Umno, Ketua Menteri yang selama ini disanjungi rupanya ada 'taring' yang tersembunyi.


Semoga Kebenaran menjadi pilihan rakyat.


HIDUP HIDUP!!




Tuesday, April 7, 2009

FAKTOR AMAL JAMA’IY






* Qiyadah – Kepimpinan



* Jundiyyah – Ahli






* Wala’ - Kesetiaan









* Tanzim – Organisasi



* Nizam – Perlembagaan






Friday, April 3, 2009

Tokoh

Jamaludin al-Afghani


Umat Islam sejurus selepas keruntuhan khilafah berada dalam suasana yang amat membingungkan. Mereka hilang arah-tuju dan kekuatan untuk berhadapan dengan serangan bertubi-tubi kuasa-kuasa barat berbentuk serangan pemikiran dan serangan bersenjata.

Kalau dahulunya saf mereka dipimpin dan disatukan oleh institusi khilafah apabila berhadapan dengan serangan musuh-musuh mereka, tetapi kini institusi tersebut telah lenyap.

Umat Islam ibarat anak yang kematian ibu dan bapanya, tiada tempat untuk mengadu dan bergantung. Ribut dan badai yang melanda mereka tidak pernah menimpa generasi-generasi sebelumnya.

Umat yang dalam kebingungan itu lalu diselamatkan Allah s.w.t. dengan kehadiran tokoh-tokoh Islam seperti:

1. Jamaludin al-Afghani,
2. Syeikh Muhammad Abduh,
3. Syeikh Rasyid Ridha,
4. Syeikh Badi'uzzaman Said Nursi,
5. Syeikh Mustafa Sobri,
6. Imam asy-Syahid Hasan al-Banna,
7. Imam Abul 'ala al-Maududi,
8. Syeikh Waliyullah ad-Dahlawi dan sebagainya.

Mereka adalah ulama'-ulama’ Islam yang muncul sebaik sahaja terjadi peristiwa keruntuhan institusi khilafah iaitu di saat-saat umat Islam amat menagihkan pemimpin-pemimpin yang dapat membimbing dan menentukan hala-tuju mereka.

Dengan kesedaran tajdid yang kuat, ulama'-ulama' ini menubuhkan jama'ah-jama'ah Islam dan mengajak umat Islam bersama-sama bersatu di dalam jama'ah untuk berjihad menegakkan kembali kedaulatan Islam dan mengembalikan semula institusi khilafah yang runtuh itu.

Di timur tengah gerakan tajdid yang paling berpengaruh dan antara terawal ialah yang dipelopori oleh Imam Hasan al-Banna. Beliau mewarisi perjuangan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan juga Syeikh Rasyid Ridha. Tokoh-tokoh inilah yang membentuk aspirasi perjuangan beliau.

Tindakan bijak imam hasan al-banna ialah menghimpun pendokong-pendokong Islam dalam satu saf yang kemas dan tersusun. Beliau merasakan umat Islam tidak akan berjaya berhadapan dengan serangan-serangan kuasa barat yang hebat itu jika mereka bergerak sendirian.
Kenali tokoh-tokoh Islam...

Syeikh Muhammad Abduh

Syeikh Rasyid Ridha

Syeikh Badi'uzzaman Said Nursi

Syeikh Mustafa Sobri

Imam asy-Syahid Hasan al-Banna

Imam Abul 'ala al-Maududi

Wednesday, March 18, 2009

MUSLIMIN ACUAN


Muslimin Acuan Al-Quran

Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran

Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Muslimin Acuan Al-Quran


Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat


:)

Muslimin Acuan Al-Quran


Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Muslimin Acuan Al-Quran


Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Muslimin Acuan Al-Quran


Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian



Muslimin Acuan Al-Quran


Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran

~Adakah anda??~

~semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~