Tuesday, May 26, 2009
Monday, April 20, 2009
Suntikan Melaka
Posted by shahrin azam bin ismaon at 7:11 AM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
FAKTOR AMAL JAMA’IY
Posted by shahrin azam bin ismaon at 10:04 AM 0 comments
Friday, April 3, 2009
Tokoh
Kalau dahulunya saf mereka dipimpin dan disatukan oleh institusi khilafah apabila berhadapan dengan serangan musuh-musuh mereka, tetapi kini institusi tersebut telah lenyap.
Umat Islam ibarat anak yang kematian ibu dan bapanya, tiada tempat untuk mengadu dan bergantung. Ribut dan badai yang melanda mereka tidak pernah menimpa generasi-generasi sebelumnya.
Umat yang dalam kebingungan itu lalu diselamatkan Allah s.w.t. dengan kehadiran tokoh-tokoh Islam seperti:
1. Jamaludin al-Afghani,
2. Syeikh Muhammad Abduh,
3. Syeikh Rasyid Ridha,
4. Syeikh Badi'uzzaman Said Nursi,
5. Syeikh Mustafa Sobri,
6. Imam asy-Syahid Hasan al-Banna,
7. Imam Abul 'ala al-Maududi,
8. Syeikh Waliyullah ad-Dahlawi dan sebagainya.
Mereka adalah ulama'-ulama’ Islam yang muncul sebaik sahaja terjadi peristiwa keruntuhan institusi khilafah iaitu di saat-saat umat Islam amat menagihkan pemimpin-pemimpin yang dapat membimbing dan menentukan hala-tuju mereka.
Dengan kesedaran tajdid yang kuat, ulama'-ulama' ini menubuhkan jama'ah-jama'ah Islam dan mengajak umat Islam bersama-sama bersatu di dalam jama'ah untuk berjihad menegakkan kembali kedaulatan Islam dan mengembalikan semula institusi khilafah yang runtuh itu.
Di timur tengah gerakan tajdid yang paling berpengaruh dan antara terawal ialah yang dipelopori oleh Imam Hasan al-Banna. Beliau mewarisi perjuangan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan juga Syeikh Rasyid Ridha. Tokoh-tokoh inilah yang membentuk aspirasi perjuangan beliau.
Tindakan bijak imam hasan al-banna ialah menghimpun pendokong-pendokong Islam dalam satu saf yang kemas dan tersusun. Beliau merasakan umat Islam tidak akan berjaya berhadapan dengan serangan-serangan kuasa barat yang hebat itu jika mereka bergerak sendirian.
Syeikh Muhammad Abduh
Syeikh Rasyid Ridha
Syeikh Badi'uzzaman Said Nursi
Syeikh Mustafa Sobri
Imam asy-Syahid Hasan al-Banna
Imam Abul 'ala al-Maududi
Posted by shahrin azam bin ismaon at 5:59 PM 0 comments
Wednesday, March 18, 2009
MUSLIMIN ACUAN
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak pernah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran
~Adakah anda??~
~semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~
Posted by shahrin azam bin ismaon at 9:36 PM 0 comments
Tuesday, March 10, 2009
Tahniah dan Syukur
10Mac= Keputusan STPM
12Mac= Keputusan SPM
16Mac= Besdey Tom :)
Adakala kita menghadapi zaman kesusahan, adakala zaman kegembiraan menjadi milik kita.
Tatkala kita bersedih, insan lain bergembira. Dan begitu juga sebaliknya.
Allah Maha Adil.
Adakala Dia meletakkan kita di atas
Bila-bila masa Dia boleh menjatuhkan kita ke bawah.
Tahniah kepada adik-adik Soff01 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Yang kurang berjaya, jangan bersedih.
Doa muga-muga esok pula menjadi milik anda.
Tahniah jgak kepada adik ku, Maisya Azila Ismaon berjaye dalam STPM (5A) :)
Tak sia-sia abangnye mendidik dengan penuh gigih :) huhu~
Pesan abangnye, tingkatkan tawadu' dan tambahkan syukur kepada Allah.
tahun akhir Fakulti Mekanikal UTM Skudai.
013 7549306
Selamat Bertambah Umur, Smuga bertambah amal..
(cakap untuk diri ana jgak) huhu~
Posted by shahrin azam bin ismaon at 6:33 PM 2 comments
Wednesday, March 4, 2009
Mengenal Virus Merbahaya

Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :
jom kita pi tengok...>>
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah. >ape die manna'ah i'tiqodiyah tu..?
Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.
Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai:
- Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan.
- Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin.
- Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.
Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
2. Pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Tapi shbt2, kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.
Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya. Bahaye tu!!
Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan. Kelam kabut!! Meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.
AWAS!! Baca perenggan berikut dengan teliti..>>
Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.
Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.
Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

~Gambar hiasan, lokasi Gunung Ledang~
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Unsur luaran?? Hm.. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu. na'uuzubiLlaah~
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah. hati-hati..
Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.
Yang bahaye nye...
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.
Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.
~apakah harus aku~
edited from http://nasrudintantawi.blogspot.com/
Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at..
Posted by shahrin azam bin ismaon at 5:46 PM 0 comments










