Tahun demi tahun.
Kereta ini telah pun berusia 23 tahun.
Khidmat dan jasanya tidak boleh dipertikai.
Membawa kami sekeluarga ke sana dan kemari semenjak tahun 2000.
Bermula September 2014.
Kereta ini direhatkan.
Akibat kerosakan enjin.
Yang berpunca daripada kejadian suhu enjin yang panas melampau.
Akibat daripada kelupaan menghidupkan penghawa dingin - sedangkan suis penghawa dingin itu juga merupakan suis kipas penyejuk enjin.
Meredah hujan dan terik mentari hanya dengan bermotosikal.
Terkadang kasihan lihat si isteri bermandi hujan.
Tangannya juga sudah seperti dayang senandung, tidak seperti dahulu.
Dia sungguh tabah, mengharungi semua ini. Tidak merungut, tidak lemah semangat.
Malah, menambahkan lagi kekuatan dan keazaman untuk meneruskan hidup.
Terima kasih, isteri ku..