? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 25, 2009

Contoh "Perancangan" Terbaik.


>>>
Al-Quran menunjukkan dengan jelas bagaimana Nabi Ibrahim mempunyai perancangan-perancangannya yang tersendiri di dalam menghancurkan berhala-berhala sembahan kaumnya.
Ikuti kisah menarik ini.
Allah SWT berfirman di dalam Surah As-Shaffat, ayat 81 – 82, maksudnya :

"Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit), Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)". "

1. Pandangan Nabi Ibrahim kepada bintang-bintang adalah bertujuan untuk mengukur waktu yang sesuai untuk menghancurkan berhala-berhala.

2. Dengan melihat kepada bintang-bintang, nyatalah bahawa waktu untuk kaumnya berhari raya sudahpun hampir dan ini bererti berhala-berhala tersebut akan ditinggalkan tanpa sebarang penjaga.

3. Ini membawa makna bahawa Nabi Ibrahim sudahpun merancang tindakannya dari awal lagi. Perancangan ini juga boleh dilihat di dalam kata-kata Nabi Ibrahim di dalam Surah Al-Anbiyaa’, ayat 57, maksudnya :

"Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".

4. Kata-kata Nabi Ibrahim ini diucapkan sebelum daripada kaumnya berangkat keluar dan tidak didengari kecuali oleh beberapa orang sahaja.

5. Ini semua menunjukkan bahawa gerak kerja untuk menghancurkan berhala-berhala tersebut biarpun dilakukan di dalam masa yang singkat, namun perancangan untuk melakukannya sudahpun diatur sejak daripada awal lagi.

6. Terbuktilah bahawa Nabi Ibrahim ialah seorang yang bertindak secara terancang.

7. Perancangan dan penjadualan dalam gerak kerja seperti inilah yang mahu ditonjolkan di dalam kisah Nabi Ibrahim ini.




Tuntas : Proses untuk menyebarkan dakwah sewajarnya dilakukan secara terancang dan tersusun, bukan hanya sekadar membiarkan gerak kerja dakwah bergerak tanpa perancangan.
Seandainya Nabi Ibrahim tidak mempunyai perancangan yang betul, pastilah tindakannya untuk menghancurkan berhala-berhala tersebut tidak akan berjaya dan menemui kegagalan.
Begitulah juga di dalam proses gerak kerja dakwah, sebarang tindakan yang tidak disertai dengan perancangan kebiasaannya tidak berjaya.
Malah seandainya ia mendapat kejayaan sekalipun, ia pasti tidak sebesar yang diharapkan. Allah SWT berfirman (Surah As-Shaff, ayat 4) :

الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص

Maksudnya :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.""

Gerak kerja terancang Nabi Ibrahim juga boleh dilihat daripada tindakannya menghancurkan semua berhala-berhala kecuali yang paling besar. Ini disebut di dalam Surah Al-Anbiyaa’, ayat 58.

Jelaslah bahawa Nabi Ibrahim sudahpun merancang daripada awal lagi bahawa perbahasan antara baginda dan kaumnya pasti akan berlaku. Oleh yang demikian, berhala yang paling besar itulah yang akan dijadikan sebagai bahan hujjah apabila berdepan dengan kaumnya nanti.
Cabaran yang akan dikemukakan oleh Nabi Ibrahim iaitu supaya kaumnya mengajukan pertanyaan kepada berhala yang paling besar sudahpun dirancang sejak daripada awal lagi. Semua ini membuktikan bahawa sebarang gerak kerja di dalam urusan dakwah haruslah dirancang dengan teliti satu persatu sebelum dilaksanakan.


~Semuga yang sedikit mendatangkan munafa'at~





Tuesday, June 16, 2009

Ahmadinejad




















Monday, June 15, 2009

al Imam



Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Saturday, June 13, 2009


Wednesday, June 10, 2009

OIC tolong jangan jadi "adik".

Tet tot, tet tot, tet tot… Saya buka inbox, meneliti sms dari exco.
“KPDPPP-DPPN
[Umat Islam diminta mengadakan solat hajat memohon selamatkan umat Islam di Selatan Thailand….]”

Sudah 3 hari bermusafir sehingga terlepas pandang isu yang amat penting ini. Saya pun pergi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang situasi sebenar di Narathiwat. Bermula dari membuka channel Astro Awani. Tak cukup. Lihat Bernama. dan akhirnya saya search internet.

Semakin saya meneliti akhirnya terjumpa berita tentang SELATAN THAI!!

OIC kutuk serangan ke atas masjid di Narathiwat

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan di sebuah masjid di Narathiwat, selatan Thailand malam kelmarin yang mengorbankan 12 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lagi yang sedang bersolat. Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu, menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand….”.

Rakan-rakan pembaca yang dikasihi.

OIC kutuk serangan ke atas masjid di Narathiwat.
Saya nak timbulkan persoalan. Mengapa perlu OIC hanya mengutuk serangan tersebut?
Sebelum bertindak, mungkin kita boleh berfikir dahulu “apakah TUJUAN bagi setiap tindakan yang hendak kita lakukan?”

Saya cuba memberi gambaran yang jelas. Tamsil disini saya bawakan seorang abang memukul adiknya untuk memberi pengajaran. Kemudian seorang adik memarahi abangnya untuk memberi pengajaran. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama cuma menggunakan method yang berbeza.
Sesuailah sebagai abang memukul adiknya kerana faktor senioriti mungkin.
Sesuai juga si adik memarahi dengan suara yang tinggi kepada si abang.

Demikian diibaratkan. OIC sebagai sebuah organisasi terbesar Islam tidak cukup hanya sekadar memarahi (mengutuk) serangan di selatan Thailand. OIC bukannya adik. OIC lebih besar dan matang.

Oleh kerana itu, saya berpendapat serangan tersebut sememangnya akan berulang lagi. Ya, akan berulang lagi. Melainkan satu resolusi dan penyelesaian drastik dibuat. Dan OIC sebagai badan bertindak dalam menyelesaikan isu ini perlu lebih berani dan berperanan dalam mengepalai umat Islam seluruh dunia.

TGNA: Kerajaan perpaduan 'mengarut'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut"."Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,"

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang wakil Hamas, Palestin turut berucap di program yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.
Abdul Hadi semasa ucapan dasarnya menyentuh mengenai kesediaan berdialog dengan Umno dan menegaskan keperluan kerajaan perpaduan walaupun agenda itu dibantah dan tidak diterima oleh banyak kalangan dalam PAS.
Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan..


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/105985

Sunday, June 7, 2009

Apa yang ANDA dapat lihat??


Friday, June 5, 2009

Ya Robb

Wahai Yang Menerima Taubat,
Terimalah taubat kami,
Rahmatilah kami dan engkau tolonglah kami.
Sesungguhnya cukup pengetahuan Tuhan ku,
daripada permintaan ku dan usaha ku.
Maka doa ku dan pengaduan ku,
sebagai saksi kefakiran ku.
Maka dengan aku berdosa,
pada kemudahan dan kesusahan.
Aku hamba yang jadilah ketinggian ku,
di dalam berhajat ku dan kesusahan ku.
Sesungguhnya cukup pengetahuan Tuhan ku,
daripada permintaan ku dan usaha ku.
Wahai Tuhan dan Raja ku,
Engkau tahu bagaimana keadaanku,
dan dengan apa yang terjadi pada hati ku,
daripada kesusahan ku dan kesibukan,
Engkau tolonglah aku dengan lemah lembut,
daripada Engkau yang memerintah segala yang memerintah.

Thursday, June 4, 2009

Penipu Diri