? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 13, 2009

Car Goum

~ Gambar hiasan~




Car Goum..
Mungkin ada yg tertanya2, knapa ana post artikel ni. "Ape barang post tajuk ni??" Macam tak mengikuti perkembangan semasa pula.. Sepatutnya tym mcm ni lah blog2 meriah dgn maklumat2 terkini PRK (kampus).. atau isu Palestina.. kalau tidak pun, isu peralihan kuasa Bush-Obama ka.. "Ni tidak!! Post bende simple lagi basic. Bende yg orang dah tau."



Huhu..

Tgok2.. Dh mula "kagum diri".. :) Dah kene. Huhu..



Shbt2, percaya atau tidak, sebenarnya kita ini tak lah sombong sangat. Cuma "sedikit kagum" je dgn apa yg kita ader.

Padahal kita yakin bahawa segala nikmat yg kita dapat di dunia ni hanya dipinjam kan. Dan sudah pasti satu hari nanti akan dipulangkan kembali kepada Rabbul Jaliil.. Betul x?



Shbt2..

Kat sini ana ada senaraikan sebab berlakunya salah satu sifat yg dikategorikan dgn sifat mazmumah ni:



1. Hanya menerima nikmat tanpa mengingati Pemberi Nikmat.

2. Berada di "barisan hadapan" sebelum matang dan sebelum mengikut "flow latihan" yang cukup.

3.Tidak memahami hakikat jiwa manusia.

4.Mendapat penghormatan yang berlebihan.

5.Selalu dipuji.





Akibat dari penyakit ini:



1.Terjebak dengan rasa takabbur dan sombong.

2.Tenggelam dengan sifat riyak dan ujub.

3.Tidak mendapat taufiq dari Illahi.

4.Tewas di dalam mengahadapi ujian dan cabaran.

5.Tidak disenangi oleh orang lain.

6.Tidak menghargai kebaikan orang lain dalam "kumpulan".

7.Gilakan pengaruh, pangkat dan kedudukan dalam perjuangan.



Semuga yg sedikit ni memberikan munafa'at kepada kita semua insyaAllah~

di "edit" drpd blog abi.



HIDUP HIDUP!!

HIDUP ISLAM!! :)

Sunday, January 4, 2009

Mahasiswa UTM telah mula bersuara

Laungan takbir telah bergema di UTM sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat semalam. Hampir ribuan Mahasiswa telah berkumpul bagi menyatakan respon mereka terhadap peristiwa 27hb Dis 2009 baru-baru ini yang mana telah menumpahkan ribuan darah saudara Islam kita di Gaza, Palestin.









Kekejeman ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila Israel dengan sewenang-wenangnya membedil kawasan Gaza yang menempatkan jutaan Manusia. Serangan mengejut yang dilakukan oleh tentera Israel menyebabkan Hamas (parti pemerintah) tidak bersedia untuk menghadapi serangan yang dikenakan ke atas Palestin.







Saudara Amin sedang menyampaikan ucapan semasa himpunan Aman


Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami dalam ucapannya dengan lantang mengecam tindakan zalim Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Beliau meminta agar umat Islam dapat bersatu bagi memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau sebagainya.



Saya Mewakili Pihak Pro Mahasiswa UTM amat berbangga kerana wujudnya Mahasiswa yang berani dan lantang seperti Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami dalam menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam yang berlaku khususnya di Palestin. Walaupun usaha ini hanya sebagai respon dari Mahasiswa tetapi sekurang-kurangnya, himpunan aman semalam telah membuka mata seluruh mahasiswa dan juga pihak pentadbiran agar sedar tentang penderitaan yang di alami oleh Warga Palestin di Gaza. PIHAK ASPIRASI @ EVO-MAHASISWA sebagai orang yang mengepalai kepimpinan Mahasiswa di universiti pada hari ini sepatutnya mengambil contoh kepada Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami kerana keberanian dan kepekaan beliau terhadap isu yang berlaku dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya tidak hanya pandai berpencak di dalam kampus tetapi mesti berani dalam menyatakan pendirian dalam isu-isu nasional dan juga antarabangsa.Usaha ini tidak sepatutnya berhenti di sini.


Seluruh kepimpinan mahasiswa sama ada PMIUTM, Kelab Iqra, JKM Kolej, MPP dan pentadbiran seharusnya mengambil langkah yang lebih besar bagi memastikan UTM dapat menyumbang dalam meringankan penderitaan Rakyat Palestin pada hari ini. Sekali lagi, Tribute buat Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami.Wallahua'lam. Student!!!Power.


http://promahasiswautm.blogspot.com/