? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 27, 2008

Hadiah Hari Raya untuk Rakyat!!

SubhanaLlaah..

Saya yakin dan percaya, anda dapat melihat keadaan kerajaan yang semakin terumbang-ambing (lebih-lebih lagi menjelang raye ni). Dengan desakan dan pandangan sinis dari pimpinan tertinggi kerajaan terhadap pemimpin tertingginye. Begitu juga dengan pentadbiran yang agak kucar-kacir (isu Kg Plentong) seperti tiada penghujungnya. Huhu..
Saya boleh klasifikasikan situasi ini sebagai angpau hari raya kerajaan kepada rakyat.
Kenapa??


Along : Selamat hari raye n Maaf zahir batin pok su.
Pok Su : InsyaAllah, same2.. Maaf kan pok su jgak ye.. Hm.. Ni. Amek uit angpow ni.

Adik : Camat ari raye..
Pak Kasim : Selamat hari raye.. Hu.. Dah besar dah..
Hm.. Ni.. Duit raye. Wat belanje sekolah.

Saya bawakan contoh suasana hari raya di Malaysia sekarang.
Dan banyak lagi situasi yg menggambarkan kemeriahan hari raya.

Nah!!
Kerana itulah, saya menyatakan bahawa kerajaan turut memberikan hadiah hari raya kepada rakyat dengan isu2 yang tidak sepatutnya berlaku.
Hm.. Same2 kite bergerak menyelamatkan negara yang tercinta ini,dan banyakkan berdoa. W'A...

Thursday, September 25, 2008

~Berakhir Episod Ramadhan ke-22 buat kU~


Ya Allah...

Aku dah sampai ke penghujung Ramadhan rupenye..
Alangkah indah sekiranya sepanjang tahun adalah Ramadhan.
Surau dan masjid di imarahkan,
Sedekah di amalkan,
Malam2 dihidupkan dgn beri'tikaf di rumah2 Allah..
Ya Allah..
Sampaikan lah aku ke Ramadhan yang akan datang ya Allah..
Sampaikanlah kami ke Ramadhan akan datang..
Ameen...

Wednesday, September 24, 2008

Kadar Inflasi Paling TINGGI dalam masa 27 tahun!! Tq (",)


Kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahanapi, demikian menurut angka rasmi yang dikeluarkan hari ini.


"Ianya tinggi sedikit daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan," kata Wan Suhaimi Saidi, ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank.


"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.


Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.


~Ihsan: Malaysiakini :)

Harga Minyak Turun sikit lg..

Monday, September 15, 2008


"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadhan tahun ini". Tidak putus-putus doa itu saya ucapkan, mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih dalam bulan yang paling dinanti-nantikan kami.

Pada bulan ini kami umat Islam akan sama-sama mengerjakan ibadat puasa yang menjadi sendi kepada Rukun Islam. Berpuasa pada kami merupakan satu nikmat yan tidak dapat untuk dibayangkan lantaran itulah tandanya kami mencintai Tuhan kami dengan menunaikan segala perintahnya; meski susah atau sempit.

Bagi kami umat Islam, kami mengerjakan ibadat tanpa melihat kepada kebaikan yang bakal diperolehi, sebaliknya kami akan mengerjakan semuanya tanpa mengira baik atau buruk sekiranya ia datang daripada Tuhan kami. Namun yang perlu jelas ialah segala arahan yang dikeluarkan oleh Allah SWT melalui utusannya yang mulia ternyata semuanya memberi kebaikan yang melimpah kepada kami.

Ibadat puasa bukan sahaja menjadi amalan khusus untuk umat Islam, malah begitu juga halnya penganut agama lain. Cuma yang membezakan Islam dengan yang lain ialah kami ada satu bulan yag dikhususkan untuk berpuasa iaitu bulan Ramadhan. Malah dalam beberapa konteks, kaedah berpuasa umat Islam ada sedikit berbeza dengan penganut agama lain.


Saya berani untuk menyatakan ibadat ini tidak menyusahkan apabila ramai kanak-kanak kecil yang baru mencecah umur 7 tahun mampu untuk menahan lapar di siang hari sebulan lamanya, dengan wajah yang masih mampu tersenyum ria. Namun, ada satu gejala yang kurang manis manis menimpa umat Islam. mereka ternyata lebih ghairah untuk mengerjakan ibadat semahu-mahunya dalam bulan ini tetapi tidak mengekalkan mutunya pada bulan-bulan yang lain.

Tidak mengapa jika mutu itu tidak setanding, namun malangnya mutu sebelum dan selepas Ramadhan adalah sangat jauh bezanya dengan mutu di bulan Ramadhan. Lalu, saya sedikit tertanya-tanya. Apakah umat Islam beribadat kerana Ramadhan atau kerana Tuhan yang menjadikan Ramadhan? Saya sedikit terperanjat dengan kemampuan beberapa kawan saya mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan.



Saya juga terperanjat apabila malamnya padat dan penuh dengan ibadat berpanjangan, serta zikir yang membasahi bibir. Namun sebelum Ramadhan, ia tidak sebegitu. Malah, sehari selepas Ramadhan, ia terus transform hampir totally.

Saya tidaklah seperti Ibnu al-Qayyim yang keras dalam bab sebegini, Namun saya tidak mahu kelembutan al-Ghazali akan menyebabkan ramai yang terleka. Saya berpandangan, alangkah kontangnya ibadat bulan Ramadhan yang hanya terfokus kepada Ramadhan semata-mata, tetapi langsung tidak mempunyai semangat istiqamah dan berlandaskan ilmu yang tinggi.
Islam bukan terhasil dengan ibadat khususiah semata-mata. Solat bukan melambangkan Islam, begitu juga puasa. Tahajjud tidak menggambarkan kesolehan seseorang, begitu juga hafiz al-Quran tidak menggambarkan insan yang unggul.. Islam bukan sekadar itu sahaja, malah Islam adalah sesuatu yang sangat luas, mencakupi segenap perkara. Islam bukan sahaja puasa, malah Islam juga jihad. Islam bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah Islam juga agama untuk Safar.

Umat Islam terus-menerus mengejar keberkatan Malam al-Qadr, tetapi malam yang lain hambar sahaja. Saya semakin keliru, keberkatan al-Qadar ke yang dicari, atau Rahmat Ilahiyah? Namun saya sedikit gusar jika ada yang salah faham.



Sahabat-sahabat mesti jelas, memang ada anjuran memperbanyakkan ibadat di bulan Puasa dan di malam-malam ganjil, namun janganlah hal tersebut menyebabkan kita alpa dan tenggelam dengan janji-janji pahala sehingga kita termasuk dalam golongan abid tetapi jahil. Tanda orang-orang jahil adalah membaca al-Quran selaju mungkin untuk dikhatamkan dalam sebulan.





Tanda orang-orang jahil adalah mengerjakan ibadat tanpa putus tetapi terus merudum selepas Ramadhan. Tanda orang jahil adalah berzikir tanpa putus tetapi meninggalkan gerak kerja Islam. Ayyuhal Muslimun, memang benar Ramadhan bulan ibadat, dan para ulama mengkhususkan bulan ini untuk ibadat. Tetapi, saya nak menjelaskan di sini, bahawa kadang-kadang ibadat kita perlu melihat kepada realiti semasa.



Dalam keadaan Islam ditekan begitu berat, apakah kita masih lagi ingin menghabiskan banyaknya masa kita dengan solat dan zikir semata-mata dengan meninggalkan amal-amal Islami yang menjadikan kita mulia. Seorang sahabat saya berkata: "Wajah ulama' yang berseri bukanlah disebabkan banyaknya amal ibadat, tetapi kerana seriusnya mereka berjihad pada jalan Allah SWT tanpa putus-putus" .


Kita perlu mencermati dan menekuni pesanan-pesanan nabi SAW bahawa ibadat yang berbaur kejahilan tidaklah begitu bererti jika dibandingkan dengan ibadat yang diiringi ilmu yang mendalam. Malah, si faqih lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding si alim mengikut pandangan Al-Qaradhawi.





Ini kerana si alim melihat dengan mata sedangkan faqih melihat dengan mata dan hati. Pandangan mereka lebih jauh menjangkau ke dalam berbanding si alim yang hanya gah luaran tetapi kotor dalamannya. Saya bermaksud di sini, orang alim yang hatinya busuk, yang dikatakan tergolong dalam tiga golongan awal masuk ke dalam neraka bersama mujahid yang mencari nama dan pembaca al-Quran yang mencari gelar mulia.




Alim sebegini hanya mencari nama agar mereka dapat setanding dengan para ulama' dan dapat memperlekehkan sang juhala'. Maka, jika dikatakan alim pun boleh terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan lumpur-lumpur kekotoran lantaran terpengaruh dengan kehendak nafsu yang menelan, maka apatah lagi sang abid yang dicelarukan dengan kurangnya ilmu dan kefahaman.

Justeru, Umar Abdul Aziz tegas menyatakan amalan bertambun tanpa kefahaman lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan. Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai training ground kepada semua aktivis mahasiswa dan penggerak jentera mahasiswa muslim untuk merealisasikan jihad dalam Medan yang sebenenar.


Tidak boleh dijadikan keletihan dan kelaparan sebagai satu sebab menolak perjuangan malah tidak boleh dijadikan alasan bulan Ibadah untuk memperlahankan gerak kerja. Telah saya jelaskan, zaman yang kucar-kacir ini menuntut mujahid yang abid bukannya abid yang mujahid. Sekarang merupakan era yang berbeza sama sekali dengan zaman al-Syafei yang boleh menumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan menekuni bacaan al-Quran.





Saya tidak pernah berniat untuk menterjemahkan kematian saya dalam keadaan saya bersujud dalam tahajjud tidak. Saya tidak berdoa sama sekali untuk meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan saya sakit yang membawa kepada maut. Malah, bagi saya, doa yang saya pinta dan pohon adalah kematian dalam bentuk perjuangan mati syahid dalam menggapai redha Allah SWT.

Ramadhan bagi saya memang bulan khusus buat umat Muhammad tetapi tidak pernah saya nafikan bulan lain juga sebagai bulan ibadat.

Tidak pernah saya terfikir ingin terlalu mencari lailatul qadr sehingga mengetepikan kekuatan malam-malam yang lain. Benar, Ramadhan sangat mulia. Benar, lailatul qadr sangat mulia. Namun kemuliaannya tidak pernah membuatkan saya hanya memperbanyakkan amal ibadat sehingga peringkat maksimum kemudiannya terus longlai di hari yang lain.









Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan.

Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini supaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jiwa kami bakal terkorban sekalipun. Allahumma ameen, Ya Rabbal-'Alamin…

Article by Mohd Dzulkhairi B Mohd Noor, edited by iLuvislam studio.
http://www.dzulkhairy.blogspot.com/ :)