? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 13, 2008

Hijrah Pencetus Perubahan


Tanggal 1 Muharram 1429 , iaitu bersamaan 10 Januari mengikut kalendar Masihi merupakan permulaan tahun baru bagi umat Islam. Tarikh keramat tersebut sebenarnya mengandungi peristiwa kira-kira 1400 tahun yang lalu, iaitu penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke Kota Madinah. Di sini, saya ingin membawa rakan-rakan mahasiswa menyelami apakah iktibar atau pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam) nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
An-Nisa’:100

Justeru, apakah sebenarnya hijrah yang boleh dilakukan oleh umat Islam pada masa kini?
Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas daripada itu. Hijrah adalah keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik,lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhaan Ilahi.

Bagaimanakah pula ianya boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai mahasiswa? Kita perlu sentiasa berhijrah dari segenap aspek, meliputi aspek keilmuan, keimanan, peribadi dan juga amal. Sebagi mahasiswa, kita seharusnya membuang sikap-sikap yang negatif seperti malas belajar, tidak bersemangat untuk ke kelas, datang lewat ke kelas dan sebaliknya menyuburkan sikap-sikap yang baik dan positif seperti membudayakan ilmu dalam diri dan mengamalkan adab sopan. Kita juga perlu mengikis sikap pesimis iaitu sikap negatif yang seringkali menghakis keyakinan dan keupayaan kita untuk tampil cemerlang sebaliknya digantikan dengan sikap optimis iaitu sikap yang mengarah kepada positive-minded dalam diri dan berani menghadapi apa jua cabaran dan sentiasa bersemangat dan yakin untuk mencapai kejayaan.

Tanpa sifat-sifat sanggup untuk berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan tidak akan berhasil dengan mudah. Islam tidak menyuruh kita untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka".

Oleh itu, sebagai penutup bicara, saya mewakili barisan kepimpinan Mahasiswa mengucapkan Selamat menyambut Tahun baru Hijrah kepada semua mahasiswa sekalian. Sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan kebaikan dan kemajuan dalam segenap aspek kehidupan. Yakinlah apabila kita memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan diri, maka pertolongan Allah pastinya akan datang. Allah akan mengubah kita dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Insyaallah... Salam MaalHijrah 1429. Semoga sentiasa dalam kejayaan.

Thursday, January 3, 2008

MENJANA MAHASISWA BERKEPIMPINAN


OLEH : SHAHRIN AZAM BIN ISMAON


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menjadi kebanggaan besar untuk menjejakkan kaki kemenara gading. Bergelar mahasiswa melambangkan ketinggian ilmu, budi dan pekerti. Namun itu pada teorinya, sejauhmanakah kebenaran falsafah seorang mahasiswa ini? Harus diteliti dan diperbaiki.

Jika suatu ketika dahulu, mahasiswa menjadi ikon kebanggaan masyarakat, hari ini mahasiswa seolah-olah tidak dipandang dalam banyak perkara, bukan kerana bilangan universiti yang banyak yang menjadikan gelaaran mahasiswa sudah tidak glamor, namun gelaran mahaiswa sudah tidak keramat lagi.

Mahasiswa dilihat sebagai 'title' yang gah namun tiada lagi fungsinya. Ini berlaku lantaran mahasiswa diasak sikap pentingkan diri, pentingkan kerjaya nanti sehiggakan bila hak mahasiswa di ceroboh, tiada siapa yang berani membelanya kerana takut nama disenarai hitamkan. Lantaran itu lahirlah mahasiswa yang tiada lagi bisanya, isu mahasiswa tiada pembelaan apatah lagi isu masyarakat yang telah lama dikesampingkan.

Justeru itu pemilihan mahasiswa yang sepatutnya untuk menjadi wakil adalah amat penting bagi memastikan penjanaan mahasiswa berkepimpinan akan berlaku dan akan membuahkan mahasiswa yang peka dan cakna.