? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 13, 2009

Kelambakan Para Muslimah

Aku adalah aku. Luangkan masa anda untuk membaca. -Gambar Hiasan



13 November 2009



12.42 am

Suasana hening diseri dengan bayu malam yang bermanja-manja menampar pipi.Ralit dengan keasyikan syahdunya malam dikala sejuknya meratah hingga ke tulang. Menggigil.

“ Bang, kasi roti bom satu, kopi ais satu.” Lapar. Sengaja ingin mengisi kekosongan perut di samping bersiap untuk megisi ruang diskusi dengan lebih bertenaga. Jangkaan awal diskusi ini menelan masa hingga lewat pagi. Tepat, tidak tersasar.

2.20 am

“Jom, dah lewat ni min. Kita walaupun tak da org umah tapi agak-agak la”. Diskusi tamat. Resolusi terbina. Bersurai.

--------------------------------------------



2.45 am

Mula menaip.


Saya amat yakin dan percaya. Tajuk yang diberikan bakal menggugat dan menyentap jiwa para pembaca. Baik bagi yang sedang menanti-nanti saat yang bakal tiba, mahupun bagi mereka yang telah berumah tangga. Baik yang muslimin mahupun yang muslimat. Rasanya semua mampu untuk menyeka mata berkongsi masa untuk membaca. Sekalipun dalam kebuntuan idea untuk dikupas, namun saya merasakan ada perkara yang mahu dikongsi bersama.


Mulanya saya berfikir. Soal taraf kelayakkan saya untuk meneruskan perjuangan menulis artikel ini. Fikir punya fikir, kalaulah itu soal status diri ini (baca: bujang) menjadi kayu ukur, maka ilmu yang sedikit ini rasanya tidak termampu untuk dijadikan bahan cerita. Walhal, bila difikirkan soal kemaslahatan untuk berkongsi itu lebih berbanding yang lain, maka soal kelayakkan saya ketepikan. Jadi saya terus menulis.
Namun, sebelum saya telanjur panjang dalam bicara, suka saya ingatkan bahawa perkongsian ini terbina atas dua dasar utama. Yang saya pacakkan agar niat saya menulis dan niat para pembaca pada level yang sama. Risau bagi saya kalau-kalau persepsi dalam mentafsir karya ini berbeza. Jadi, saya anjurkan supaya ianya berada pada landasan persepsi yang sama. Saya cuba elakkan falasi dalam pemikiran.



  1. Tulisan ini akan dikupas secara ilmiah, beradab dan menjaga batas emosi serta perasaan orang lain dan bukan dibayangi nafsu semata-mata.


  2. Tulisan ini tidak berniat untuk merendah-rendahkan mana-mana individu mahupun kumpulan. Adapun kritikan, komen serta nasihat yang dikemukakan adalah sebagai bahan muhasabah bersama.




“Kelambakan para Muslimat Solehah"


Benarkah statement saya ini? Terpulang untuk pembaca untuk menilainya. Bukanlah secara keras saya ingin nyatakan bahawa kepupusan muslimin soleh semakin ketara, biarpun ia memang berlaku dan terus berlaku, namun realiti menyaksikan kepada kita bahawa kelambakan wanita pada hari ini suatu yang realiti, tidak kurang muslimat yang solehahnya. Bahkan sememangnya ini semua adalah sunnatullah yang telah menjadi pesanan baginda Muhammad s.a.w bahawa antara jelasnya tanda pengakhiran dunia itu adalah ramainya kaum wanita berbanding lelaki. Ia jelas.


Namun, soal untuk menerima kenyataan ‘kelambakan para muslimat solehah’ itu saya lepaskan kepada pembaca untuk menilai. Bagi saya ia dilihat benar.


Jadi, isu ini tidak berakhir dengan nokhtah di sana. Perlu dipertimbangkan kronologi yang berikutnya. Persoalan yang lebih besar menampung isu ini adalah berkaitan dengan pembentukan rumah tangga, baik disebut bait al-muslim lebih baik lagi dikategorikan bait ad-dakwah. Ya, inilah dia isu yang sebenarnya ingin di ketengahkan.




Kahwin @ Berumah tangga

Perkahwinan itu ftirah. Anugerah yang Allah beri pada manusia. Dalam rangka memastikan ketamadunan manusia wujud kesinambungannya di samping naluri berkeinginan untuk hidup berpasangan ini juga adalah kurniaan Allah. Dia Yang Maha pentadbir putar hidup alam ini.


Kembali kita pada isu yang ingin diutarakan. Soal kahwin itu lumrah. Namun, soal perkahwinan yang benar-benar berlapikkan iman dan taqwa itu yang kadang kala sukar dinilai dengan mata kasar. Cuma hasilnya yang biasa kita mampu untuk menilai (lahirnya biah keluarga yang solehah serta anak-anak yang ‘menjadi’ ). Output sebegini hanya mampu diwujudkan bermula daripada ikatan perkahwinan si muslimin dan si muslimat yang soleh dan solehah. Bukanlah ianya beerti ini suatu jaminan, namun permulaan langkah yang baik membimbing kepada yang lebih sempurna. Sekiranya berlaku ‘error’ dipertengahan jalan, anggaplah itu semua takdir Allah dan ujian bagi hamba-hambanya.


Masih lagi belum sampai ke point yang dituju.


Ok. Bilamana fanomena ini dilihat menjadi suatu keperluan, pastinya si soleh bakan mencari yang solehah. Dan tentunya para muslimat yang soleh berkeinginan untuk memiliki nakhoda keluarga yang soleh.


Jadi, argumen ini menjadi permasalahan yang dilihat besar, apabila faktor kelambakan muslimat solehah tadi diadunkan bersama dalam diskusi yang ringan ini. Si muslimin, bila tiba masanya yang sesuai untuk mendirikan bait al-muslim, baginya tidak begitu bermasalah untuk mencari serta memilih dari kalangan populasi muslimat solehah yang brkelambakan.


Biarpun mungkin sesi taaruf tiga empat kali baru menjadi, tapi biasanya berakhir dengan ‘ada’. ‘Ada’ bermaksud yang datangnya dari kelompok muslimat solehah hasil tarbiyyah didikan agama yang sempurna baik datangnya dari tangan ibu dan ayah mereka sendiri, mahupun yang terbina semasa di kampus contohnya.


Tetapi berbeda keadaannya dengan si muslimat solehah yang berkelambakan ini. Ada yang menjadi pilhan si muslimin, oklah jalan. Yang tidak terpilih, ada pula dua jalan. Setengah dikalangan mereka pilih untuk berusaha. Usaha dalam konteks mengambil jalan sirah nabawiyah sebagai pedoman. Ibrah dan pengajaran yang dipamerkan oleh ummul mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid yang memulakan menyata hasrat hati untuk mengambil baginda Nabi menjadi peneman hidup dijadikan contoh. Seharusnya tiada isu yang sepatutnya berlegar sekitar ‘perigi mecari timba’. Mugkin suatu ketika dulu, ya. Namun bagi saya terma ini tidak lagi seharunya dibawa bincang sehingga menutup hak muslimat untuk mencari dan memilih.


Ada yang memilih jalan kedua. Jalan yang penuh dengan ketundukan pada Sang pencipta. Berserah sebulatnya pada pemilik pembuat keputusan. Biarpun apa yang terjadi, sifat reda mengatasi segala-galanya. Yang jenis ini,kategori tahap agak tinggi. Namun, ini bukan beerti saya membezakan keduanya, terpulang kepada muslimat solehah yang berkelambakan ini untuk memilih jalan mana yang lebih sesuai. Lain orang, maka lain tingkah gayanya.


Justeru, apa yang berlaku ialah saban hari bertambah banyaklah bilangan muslimat solehah yang berkelambakan ini. Dan saban hari juga bertambah banyaklah usia muslimat solehah yang berkelambakan ini. Rugi atau untung. Untung atau rugi. Semuanya di bawah pengetahuan Allah.


Namun, kaca mata manusia diberi peluang untuk menilai. Jadi pada hemat saya, di sana berlaku suatu bentuk kerugian. Yang mungkin disebabkan kita juga yang menciptanya. Kerugian dalam kita mampu untuk terus mengembang biakkan zuriat Quranic dengan memilih muslimat solehah berkelambakan, di samping ‘menjaga’ dan memimpin muslimat solehah berkelambakan ini daripada disambar oleh mereka yang ‘kurang patut’ ataupun membiarkan mereka membujang hingga ke tua. Perlu diingat hayat kesuburan wanita dalam melahirkan zuriat ada had masanya.


Sedang Allah telah membuka jalan yang luas ke atasnya umatnya yang soleh dan solehah untuk merebut ‘Payung Emas’ atau bahasa mudahnya poligami ini sebagai alternatif menyelesaikan fanomena yang berlaku, namun kadang kala kita sendiri yang menutup ruang ini. Firman Allah s.w.t dalam menyatakan keizinan berpoligami secara jelas:


“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”


(Al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3)




Poligami : ‘Penyelamat’



Positifkan diri anda. Da'ie mesti berani. - Gambar Hiasan



Hasil perbincangan yang ringkas saya dan dia (dirahsiakan nama), kami bersependapat. Bahawa kapasiti kebenaran Allah mengizinkan poligami ini ada hikmahnya. Bukan tujuan idea ini untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk lebih anjal dan berkuasa dalam isu poligami ini, namun yang lebih utama ialah soal ‘menyelamatkan’. Menyelamatkan para muslimat solehah yang berkelambakan yang telah kita bincangkan sebelum ini.


Saya sama sekali tidak bercadang untuk mengenepikan elemen perasaan. Ya, manusia dibekalkan dengan perasaan supaya ia menjadi manusia. Dan sememangnya, secara umum dan logik akalnya manusia apabila berhadapan dengan soal berkongsi, mereka akan berfikir untuk kali kedua dan seterusnya sebelum jawapan dikemukakan. Apatah lagi bila disebut soal berkongsi hati dan perasaan. Berkongsi kehidupan. Maka bertambah beratlah timbangan konflik yang terbentuk. Apa pun bagi saya, ia perkara mudah bagi yang faham dan jelas.




Pendidikan dan kefahaman


Bagi saya poligami tidak akan dilihat menyakitkan dan men’sengsarakan’ andai kedua-dua belah pihak terutama zaujah (baca : isteri) dan bakal zaujah faham. Apatah lagi sekiranya isu poligami ini dijadikan sebagai bahan pendidikan di peringkat awal. Baik untuk si muslimin mahupun untuk muslimat solehah yang berkelambakan.


Kefahaman yang mungkin lahir dari perkongsian rasa oleh mereka yang telah pun berbahagia mendirikan bait al-muslim secara poligami wajar didedahkan keindahannya kepada umum, khususnya muslimat solehah yang berkelambakan ini. Mungkin dengan kaedah ini kita dapat mengelakkan silap faham yang berlaku selama ini dalam memberi persepsi yang sentiasa bersifat negatif apabila isu poligami dibangkitkan. Selaku panel JBM, saya akan berusaha ke arah itu. Menyediakan platform supaya lebih ramai yang faham dan jelas.




Kesedaran

Puncak kepada permuafakatan ini hanya dapat ditimba setelah ilmu poligami yang ditadah itu ditukar sifatnya menjadi elemen kesedaran. Kesedaran yang mungkin membawa beribu kebaikan.


Kalau sebelum ini kesedaran hanya lahir di mata muslimin (walaupun ada unsur yang membawa kepada tujuan yang kurang baik) untuk berpoligami, apalah kiranya muslimat pula yang melahirkan rasa kesedaran ini demi untuk ‘menyelamatkan’ muslimat solehah yang berkelambakan itu. Mungkin perkara yang paling besar perlu dibincangkan dalam sesi pendidikan poligami adalah bagaimana perlunya ada sifat kesediaan yang tinggi dalam diri seorang muslimah solehah untuk menerima kehadiran insan kedua dalam hidup mereka.


Kesedaran tahap ini sajalah yang mampu mengekalkan kebahagiaan berpanjangan dalam keluarga yang berpoligami. Tidakkah menjadi suatu yang luar biasa sekiranya yang pergi melamar calon zaujah adalah zaujah kita juga!! Sekiranga perkara ini berlaku, saya yakin dan percaya, kelompok manusia yang sentiasa inginkan keredaan Allah mengatasi segala-galanya ini akan mudah berkembang biak dalam masyarakat hari ini. Suatu yang ajaib, tapi tidak mustahil berlaku akan datang. Dikala muslimat solehah yang berkelambakan ini terus berlambak.


Bayangkan sekiranya skrip ini diucapkan :


“ Cah, Mar tengok umur Cah pun dah makin lanjut. Tak de yang masuk lagi ke?”


“ Entah la Mar,cah serahkan pada takdir je la..biar Allah yang aturkan”


“ Kalau Mar bagi cadangan macam mana?”


“ Gini la Cah, hidup yang Allah kurnia ni sementara ja, bila-bila masa dia boleh tarik nikmat kita. Hari ni Cah tengok Mar bahagia, esok lusa siapa yang tahu”


“ Sudi tak Cah kalau Mar lamar Cah untuk suami Mar? Tak salah kan kalau kita hidup bermadu”


-END-




Pengorbanan


Bila berkata soal pengorbanan, masing-masing kena beri perhatian. Kalu sebelah pihak sahaja ia tidak akan menjadi. Kerana pengorbanan dalam soal poligami inibukan sahaja melibatkan wang ringgit, perkongsian nafkah, masa dan lain-lain yang bersifat fizikal semata-mata, malah perlu kita ketahui bahawa pengorbanan paling besar adalah hati dan perasaan.




Bagaimana?


Kalau benar si zaujah sedar akan kepentingan serta kebaikan poligami ini, demi menjadi faktor penyelamat kepada yang lain-lain, maka saranan yang utama ialah membenarkan dengan erti kata ikhlas menerima seadanya keadaan ini. Peluang untuk menjadi insan yang akan berlindung di bawah payung emas ini bukan untuk semua, hanya sesetengah. Jadi rebutlah.


Dan kalau pula si suami yang menyatakan hasrat, adalah baiknya memilih dikalangan beberapa kategori yang dapat diklasifikasikan sebagai berpoligami dengan ikhlas. Antaranya adalah baik menyediakan ruang poligami ini untuk muslimat yang umurnya telah lanjut ataupun lebih berumur berbanding zaujah sekarang di kalangan ramai-ramai muslimat solehah yang berkelambakan itu.


Kedua, seperti mana yang di anjurkan pilihlah dikalangan mereka yang yatim piatu dan tiada tempat untuk bergantung harap lagi. Pilihan ini adalah pilihan yang bijak dalam usaha menyelamatkan muslimat berkenaan yang sudah tiada tempah untuk mengadu kasih lagi.


Dan yang ketiga, mungkin para janda yang setengahnya kematian suami begitu awal.


Jadi..


Persoalan yang selama ini menjadi trauma dikalangan para isteri iaitu apabila si suami berpoligami, maka yang lebih diutamakan adalah isteri muda tidak akan berlaku malah status mereka sebagai yang muda dikekalkan. Dan adapun sifat belas kasihan itu wujud disebabkan kes kedua tadi melibatkan muslimat solehah yang yatim piatu.




Ikhlas


Apa yang lebih utama adalah soal keikhlasan yang menjadi sandaran dalam menilai kebahagiaan. Kebahagiaan itu abstrak. Tidak semestinya yang tidak berpoligami sentiasa bahagia. Dan ada sesetengahnya hasil hidup berkongsi ini lebih membahagiakan dan mengindahkan, terutama bila hari semakin tua. Tanpa keikhlasan yang benar-benar jitu daripada kedua-dua pihak, toleransi maksima tidak akan dikecapi. Mungkin bahagia hanya diwajah, namun bukan di hati.




Adil


Elemen ini dituju khas kepada yang bergelar suami @ bapa. Konsep adil dalam berpoligami ini jugalah antara lain kunci kebahagiaan. Adil tak beerti sama rata, sama banyak. Namun adil pada kaca mata Islam adalah meletakkan suatu pada tempatnya. Sebelah zaujah beranak ramai, belanja lebih, yang sebelah baru nak beranak nisbahkan agar ia adil. Barulah keharmonian itu dapat saling dikongsi bersama.




Penutup


Akhir sekali sebelum jari jemari saya ini meninggalkan tugas menulisnya sekadar untuk diingatkan bahawa:


  1. saya bukanlah manusia yang memperjuangkan poligami, masakan nak berpoligami, kahwin pun belum.

  2. Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk merendahkan dan mempermainkan perasaan sesiapan, namun ianya adalah sekadar tulisan ilmiah untuk dikongsi pandangan bersama

  3. Poligami dilihat sebagai salah satu kaedah menyelamatkan muslimat solehah yang kelambakan, namun penyelesaian dengan cara ini juga bukanlah yang terbaik.

  4. Huraian di atas adalah bersifat minima, yakni maklumat lanjut tentang poligami boleh dicari tempat lain

  5. Telah tiba masanya gerakan Islam yang ingin menyelamatkan para pendokongnya, perlu ada inisiatif supaya sisipan tarbiyyah diletakkan bersama pendidikan tentang poligami. Maka perkara utama yang diperlukan dalam mempelajari perkara ini ialah berlapang dada.

  6. Buat kaum muslimat yang solehah. Payung Emas menanti anda!~


Sumber : http://mindasiswa-reform.blogspot.com/




~Semuga yang sedikit ini mendatangkan munafa'at~



4 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam buat 'empunya jabatan'..

Maaf, ana brtanya..

Knp tajuk nie disbutkn sbg "lambakan"..? Ana rasa title nie trgantung.. Bole jd persepsi awal org akan mjadi negatif brbanding positifnya..

Bg ana kelambakan itu suatu yg baik dan terbaik.. Cuma, prsoalannya.. "Bgmn mahu mengurus kelambakan td.."

skdr pndgn yg masih picisan.

p/s-Saja je shiekh.. Kacau enta.

shahrin azam bin ismaon said...

Adakah tuan suka bermain dengan api? :)

myikhwanfiideen said...

Ya.. sbb ana "air".. :)

Anonymous said...

Sayyina khadijah R.a~ berketurunan,bijaksana,cantik dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8)
** kalau ana mempunyai ciri2 tu,insyaAllah ana pun akan mulakan langkah untuk taqdim muslimin..tapi apakan daya.. =)