? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 14, 2009

Protes anti-Islam makin menjadi-jadi



Kerajaan Britain menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang meletus antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan kumpulan Muslim yang semakin kerap berlaku di beberapa kota besar negara itu.

Malah, Menteri Masyarakat, John Denham, menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja cuba menimbulkan kekacauan.


SEORANG lelaki membawa sepanduk membantah

pembinaan masjid dalam protes EDL di tengah Britain.


Dalam temu ramah dengan akhbar The Guardian, menteri itu dipetik sebagai berkata: "Taktik cuba menghasut agar berlaku tindakan balas dengan tujuan untuk mewujudkan keganasan lebih besar serta kekacauan sudah lama menjadi amalan kumpulan ekstremis dan berhaluan kanan."

Beliau merujuk kepada keganasan di Luton, Birmingham dan London sejak beberapa bulan lalu membabitkan kumpulan berhaluan kanan, termasuk Liga Pertahan Inggeris (EDL) dengan belia Muslim.

Denham bimbang, ia mengulangi keganasan pada 1936 selepas pemimpin fasis Britain, Oswald Mosley, mengetuai perarakan di kawasan padat penduduk Yahudi di East End, London.

Tetapi EDL menolak anggapan ia dipengaruhi fahaman fasis dan menegaskan ia hanya menentang militan Islam.


PENUNJUK perasaan EDL membawa sepanduk bermaksud

"Usir pelampau, pastikan keselamatan Britain" dalam protes di Birmingham.



Dalam laman webnya, kumpulan itu mendakwa keganasan tercetus kerana hasutan kumpulan Muslim dan puak berhaluan kiri.

Namun, jurucakap Majlis Muslim Britain (MCB), Inayat Bunglawala menyifatkan misi sebenar EDL bersifat anti-Muslim dan soal militan Islam hanya alasan.


"Mereka tidak menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah MCB, kumpulan payung bagi pertubuhan Muslim Britain, menyaksikan kejadian anti-Muslim yang semakin menjadi-jadi termasuk serangan ke atas masjid dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Media di Britain melaporkan, EDL berasal dari Luton, bandar pelbagai etnik di utara London, yang menyaksikan tunjuk perasaan Muslim terhadap askar Britain yang kembali dari Iraq, Mac lalu.

Sekumpulan penduduk Muslim berjanggut berpiket ketika sambutan balik tentera berkenaan dan menaikkan sepanduk menuduh mereka 'penyembelih' dan 'pembunuh bayi'.

Ketegangan meningkat Mei lalu apabila demonstrasi kumpulan berhaluan kanan menggelarkan diri mereka 'Rakyat Bersatu Luton' menyebabkan premis perniagaan Asia Selatan diserang dan kereta mereka dipecahkan.

Bulan lalu, pengganti kumpulan berkenaan, EDL, cuba menganjurkan bantahan di Birmingham, apabila mereka bergaduh dengan penunjuk perasaan antifasis.


Sumber -


2 comments:

panod said...

adakah EDL ni sme ngan puak kepala lembu berdarah kat Shah ALam?

macam sme jer...

muharrikdaie said...

Tak sama ...Orang yang usung Kepala lembu bela islam kerana islam telah dibiarkan oleh Pak Janggut dan pak syeikh yang gila kuasa yang dulu mengatakan membela islam dan nak support dari kuffar hindu.

Kita kena rasional bila buat komentar. Semua itu persepsi semata.
Jangan sebab inginkan support kuffar, kita gadaikan prinsip dan dasar islam yang telah lama kita perjuangkan hingga sekarang ini kuffar dimalaysia naik tocang kerana dibela oleh ahli ahli poltik islam yang dah terkeluar dari perjuangan yang sebeanrnya.

Saya amat berharap saudara tidak taksub dengan politik kepartian yang banyak memecahkan ummat ini!